Berikut kami kognsikan beberapa khasiat dan kebaikan peria :
Menjaga Kesihatan Mata
Memakan peria dapat membantu mengatasi masalah seperti katarak dan masalah mata yang lain. Ini kerana peria mengandungi vitamin A dan beta karoten yang sangat baik untuk kesihatan mata. Selain itu, peria juga mengandungi vitamin C yang sangat baik mencegah pelbagai macam masalah kesihatan.
Meningkatkan Sistem Ketahanan Tubuh
Peria merupakan satu sayur yang tinggi vitamin C yang memiliki fungsi untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Peria dipercayai mengandungi anti virus yang boleh memperkuatkan sistem imun dan metabolisme.Jadi sebab itulah peria dikatakan mampu melindungi tubuh daripada pelbagai ancaman virus penyebab penyakit.

Mengatasi Diabetes
Khasiat nutrisi pada sayur peria ini sangat baik untuk mengatasi dan mencegah risiko diabetes. Pengambilan peria, termasuk jusnya secara teratur, boleh bantu anda bebas daripada diabetes.
Turunkan Berat Badan
Peria merupakan sayur yang rendah kalori dan juga kolesterol.Jadi peria dikatakan mampu membantu seseorang untuk dapatkan tubuh langsing serta berat badan ideal.Di samping itu,khasiat yang terdapat pada peria juga baik untuk kesihatan hati, buah pinggang serta sistem perjalanan darah.
Bagus Untuk Rambut
Bagi anda yang ingin mendapatkan rambut yang bersinar dan sihat,campur secawan jus segar peria dengan yogurt dan sapukan pada rambut.Biarkan selama setengah jam, kemudian bilaslah sehingga bersih.
Kelemumur juga boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat dan pencemaran udara.Untuk mencegah kelemumur, anda boleh cuba tips merawat rambut ini.Campukan peria yang sudah dikisar dengan biji jintan(juga dikisar). Lumurkan pada rambut, 15-20 minit dan basuhlah sehingga bersih. Lakukan secara teratur selama sebulan atau sehingga kelemumur tersebut hilang.
Untuk mengatasi masalah rambut kering dan kulit kepala gatal, gosok sepotong peria di atas kulit kepala dan urut dengan gerakan melingkar, kemudian bilas dengan air bersih.Untuk mengurangkan rasa gatal, lakukan perawatan rambut dengan campuran peria yang sudah dikisar dengan avocado atau pisang sebagai masker rambut dan lumurkan pada kulit kepala. Lakukannya paling kurang sekali seminggu untuk menyingkirkan rasa gatal pada kulit kepala.
Melambatkan Proses Penuaan Semulajadi
Peria mengandungi vitamin C, yang merupakan antioksidan semuladi.Antioksidan akan memerangi dan menghilangkan radikal bebas berbahaya. Antioksidan membantu untuk mencegah kedutan dengan memperlambatkan proses penuaan. Ia juga melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan sinar ultraviolet matahari.
sumber-wom.my
No comments:
Post a Comment