Jaringan pembukaan Vietnam diledakkan Mac Hong Quan pada minit ke-14 menerusi penalti sebelum gol kedua tercipta pada lewat separuh masa pertama. Bagai tidak menunggu lama, Vietnam terus menambah jaringan seawal babak kedua menerusi Vo Huy Toan.
Gol keempat Vietnam tercipta pada minit ke 53 sebelum Syahrul Azwari menjaringkan gol tunggal Malaysia pada minit 78. Namun Vietnam mendapat gol mudah selang seminit selepas itu untuk keputusan penuh Malaysia tewas 1-5 kepada Vietnam.
Malaysia bakal berdepan Thailand pada 4 Jun dan tiada pilihan lain kecuali menang untuk memastikan laluan ke separuh akhir. Andai tewas , Malaysia sudah boleh melupakan sebarang pingat pada temasya kali ini.
[caption id="attachment_4726" align="aligncenter" width="490"]

No comments:
Post a Comment