[caption id="attachment_4697" align="alignnone" width="602"] Anak kecil ini berada dalam satu keadaan dimana mereka mengalami konflik di antara keperluan mereka untuk bergantung kepada orang dewasa dan keinginan untuk berdikari. Anak-anak kecil ini sebenarnya cuba memberitahu bahawa, “Ibu, ayah, saya dah besar. Saya boleh buat sendiri!”.[/caption]
Ingat, kemahiran anak-anak menjana pengalaman mereka. Pengalaman adalah penghubung bagi segala ilmu akademik yang mereka peroleh.

Menjadi ibu bapa yang terbaik bukanlah hanya sehari dua. Kita memerlukan masa yang panjang dalam proses memberikan yang terbaik buat anak-anak. Walau apapun, mintalah sentiasa kepada Allah agar dikurniakan anak yang lembut hati dan mendengar kata. Duhai ibu di luar sana, sentiasalah berdoa untuk kebaikan anak-anak anda, kerana doa seorang ibu itu tiada berhijab.
ANAK-ANAK AKAN TERASA DIKONGKONG
Sebagai orang tua, selalunya kita tidak ingin melihat anak pergi sendiri ke sekolah kerana terlalu ingin melindungi. Tetapi, untuk mengasuh anak dan menjadikan mereka berdikari, kita perlu menahan sedikit naluri pelindung tersebut. Apatah lagi, jika kita cenderung bersikap terlalu mengongkong.Biarkan anak-anak menggunakan pengangkutan umum dan biarkan mereka berani keluar dan belajar mengambil risiko untuk diri sendiri.
BIARKAN MEREKA SENDIRI YANG URUSKAN DUIT MEREKA
Anda boleh memberikan anak anda duit belanja lebih untuk mereka memulakan sesuatu atau membeli sesuatu yang mereka mahukan.Tetapi, jangan berikan terlalu banyak sehingga membuatkan mereka berasa terlalu puas dan mudah. Pastikan bahawa mereka tidak kelaparan, dan ajarkan mereka tentang kehidupan ini. Betapa mereka perlu bekerja keras untuk mengharungi kehidupannya.
AJAR MEREKA DARI RUMAH
Ajarkan anak mengenai tanggung jawab. Anda boleh memulaikannya dengan memberikan penjelasan tentang tanggung jawab. Anda boleh memberikannya tugas untuk mencuci piringnya sendiri setiapkali selepas makan pada hari-hari tertentu. Jika mereka melanggar, anda tidak perlu marah, cukup mengingatkan dengan tegas.Selain itu, anda boleh mengajarkan mereka melakukan tugasnya sendiri. Dalam usia tertentu, anda tidak perlu lagi mencuci pakaian dan mengemas tempat tidurnya. Biarkan anak-anak membersihkan biliknya sendiri.
PENDAPAT MEREKA DIPERLUKAN JUGA BARU MEREKA RASA DIHARGAI
Pendapat anak mungkin sedikit berbeza dengan anda, tetapi apalah salahnya jika anda memberikan mereka ruang untuk mengutarakan pendapat mereka. Selain itu, anda juga boleh mendorong mereka untuk memberi pendapat atau berdebat dengan anda tentang beberapa perkara atau topik panas.Tetapi, berdebatlah secara sihat dan bukannya membawa kepada pertengkaran dan perselisahan yang berpanjangan.
KESALAHAN KUNCI DIRI MEREKA UNTUK ULANGI KESALAHAN LALU MELALUI PENGALAMAN MEREKA SENDIRI. ERTI SERIK AKAN WUJUD DALAM DIRI MEREKA
Jangan terlalu takut ketika mengetahui anak anda telah dihukum atau didenda kerana melakukan kesalahan, seperti gagal peperiksaan, tidak memotong kuku, tidak memakai tali leher dan sebagainya. Kebebasan itu mutlak. Tetapi, pastikan anda mengambil tindakan hukuman yang tepat untuk kesalahan yang telah dilakukan. Jika anak anda gagal dalam peperiksaan, anda mungkin boleh mengurangkan sedikit duit belanja sekolahnya.Hukuman yang diberikan atau terpaksa mereka tanggung di atas kesalahan yang telah dilakukan haruslah relevan dan adil.
Ingatlah anak-anak adalah pewaris untuk menjaga kita bila kita sakit dan uzur. Oleh itu, jagalah mereka dan ajarlah mereka serta bentuklah mereka dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment