Saturday, 9 May 2015
IBU BUTA LIHAT ANAK PERTAMA KALI DENGAN IMEJ 3D
IBU BUTA LIHAT ANAK PERTAMA KALI DENGAN IMEJ 3D | Pasangan ibu bapa pastinya teruja menanti kelahiran anak mereka. Namun, buat pasangan buta ini, walaupun tidak dapat melihat tetapi dengan kecanggihan teknologi mereka dapat merasai kegembiraan tersebut.
Kisah seorang wanita bernama Tatiana Guerra mendapat perhatian ramai apabila video yang diterbitkan oleh Huggies Brazil menceritakan kisahnya.
Tatiana telah hilang penglihatan sejak berusia 17 tahun. Video tersebut memaparkan kisah Tatiana yang menceritanya kegembiraannya hamil dan bagaimana dia tidak sabar menunggu untuk melihat anak pertamanya.
Tantiana melahirkan rasa gembiranya kerana dapat merasai pergerakan bayinya dalam perutnya.
Keinginan Tatiana akhirnya dijawab oleh pakar perubatan dengan bantuan imej 3D.
Tatiana dikejutkan dengan imej cetak 3D anaknya semasa sesi Ultrasound di mana dia dapat menyentuh dan merasai anggota bayinya.
"Saya amat gembira kerana dapat melihat Murilo sebelum dia dilahirkan," Ujar Tatiana sambil menitis air matanya.
** tonton video tersebut di sini - huggiest present
Sumber-http://news.mylaunchpad.com.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment