Friday, 8 May 2015

BAYI MENINGGAL TERJERUT KAIN BUAIAN

[caption id="attachment_4402" align="aligncenter" width="409"] Sekadar Gambar Hiasan-sumber google[/caption]

BAYI MENINGGAL TERJERUT KAIN BUAIAN | JOHOR BHARU. Seorang bayi lelaki 10 bulan meninggal dunia akibat terjerut kain buaian di rumah keluarganya kelmarin.

Kejadian berlaku di Taman Century Garden di Johor Bahru. Supt Abdul Wahib Musa yang merupakan  Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan berkata Brian Lim meninggal ketika ibunya mahu menghantar bayinya ke klinik berhampiran kira-kira jam 4.30 petang.

"Sebelum kejadian, ibunya memberi makan kepada ketiga-tiga anaknya sebelum menyuruh mereka masuk tidur di bilik utama. Mangsa diletakkan dalam kain buaian.

"Setelah itu dia masuk ke dapur membuat kerja rumah dan setelah selesai, dia masuk semula ke bilik berkenaan namun mendapati mangsa telah terjatuh ke bahagian lapis sarung nyamuk kain buaian itu dengan kepalanya tergantung keluar," Ujar  Abdul.

Ibu tersebut terus mengangkat badan anaknya namun anaknya tidak bergerak. Dia juga cuba menyelamatkan anaknya dengan menghubungi ambulans berdekatan namun apabila ambulans sampai, anaknya sudah tidak bernyawa.

Suaminya juga telah dimaklumkan mengenai kejadian.  Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber- malaysiakini.com

No comments: