Sunday, 19 April 2015

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN-Lumrah hidup sebagai kanak-kanak yang dunianya hanya dengan mainan dan makanan. Berbeza dengan zaman sekarang, kebanyakan kanak-kanak pada era 90-an mempunyai permainan dan makanan yang boleh dikategorikan menarik pada zaman tersebut. Almaklumlah, zaman tersebut belum wujud lagi smartphone, ipad dan segala macam gadget yang digemari kanak-kanak zaman sekarang. Di sini penulis menyenaraikan beberapa perkara yang hanya diketahui kanak-kanak era 90-an :




  1. Coklat/asam duit


Cekelat duit ini ada bermacam rupa sebenarnya. Ada juga yang berbentuk duit syiling sebenar. Tetapi ini paling famous sebab murah dan boleh dapat banyak.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN


Haw-Flakes

  1. Kotak pita video


Selain dijadikan bekas pita video. Ia juga dijadikan sebagai bekas pensil. Untuk lebih thrill, ada juga kanak-kanak jadikan sebagai gelanggang untuk lawan labah-labah. Ini kerana lawan dalam kotak mancis terlampau kecil.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Jajan serbuk


Jajan serbuk juga mempunyai beberapa jenis. Lagi satu jenis dalam paket kecil sebesar duit kertas. Kemudian perlu sedut dengan straw. Jajan serbuk ini juga selalu dicampur dengan air dan juga ditabur atas aiskrim.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Kereta Dash Yonkuro


Ada dua jenama Dash Yonkuro yang perlu anda tahu, satu Tamiya dan satu lagi Auldey. Dua jenama ini menjadi kegilaan kanak-kanak 90an kerana kualitinya amat bagus. Perlu tahu juga, kereta dash yang pakai enjin warna hitam adalah paling hebat.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN



 

  1. Cyberpet


Atau nama komersialnya Tamagochi. Sebuah alat mainan yang sangat ringkas. Kena jaga haiwan secara digital. Tak boleh biarkan haiwan tersebut lapar atau dikelilingi tahi. Nanti dia sakit, kemungkinan boleh mati.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Gula-gula NANONANO


Didatangkan dengan 3 rasa serentak, masam-masin-manis. Gula-gula ini menjadi popular kerana selalu ada iklan dalam TV.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Kamera 3D


Biasanya kamera ini akan dijual kat tempat pelancongan dan tumpuan ramai dalam dunia. Hanya letakkan kamera depan mata dan anda dapat lihat suasana ditempat tersebut.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Kaya dengan permainan papan


Ini kerana permainan ini dicipta untuk melatih kanak-kanak supaya bersifat keusahawanan. Jenama terkenal ketika 90an adalah Monopoli dan harga agak mahal. Namun ada syarikat dapat selesaikan untuk pasaran kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan jenama Jutaria kerana ianya murah. Dan ianya lebih bersifat tempatan.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Kaset


Konsep sama juga dengan pita video, kaset berfungsi untuk mendengar lagu artis kegemaran.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN


kaset

  1. Permainan video


Sebelum hadirnya Play Station yang menggunakan cakera padat. Permainan video menggunakan pita sebesar kaset. Ada pita khas untuk satu game sahaja. Ada juga hadir dengan kompilasi.

Siri permainan paling mendapat perhatian adalah Super Mario, Kontra, Bomberman, Donkey Kong, Tetris dan lain-lain.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




  1. Belon gam


Belon gam biasanya boleh ditiup sebesar mana yang anda mahu. Untuk yang kreatif, mereka akan bentukkan belon tersebut dengan pelbagai rupa.

PERKARA YANG HANYA DIKETAHUI KANAK-KANAK 90-AN




Terdapat pelbagai lagi perkara yang hanya popular pada era 90-an dan itu membuatkan kita bangga menjadi kanak-kanak pada era tersebut. Terasa rindu untuk kembali kepada zaman dulu yang tiada internet, tiada telefon pintar, tiada ipad kerana ketiadaan semua gadget inilah yang membuatkan hubungan persahabatan jadi akrab, kanak-kanak ramai bermain di luar pada waktu petang, kurangnya gejala sosial dan juga kanak-kanak tidak lebih matang daripada usia. Berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang ini yang memerlukan pemerhatian ibu bapa lebih lagi kerana mereka terdedah dengan dunia luar yang tiada batasan informasi. Semoga terubat sedikit rindu apabila melihat gambar-gambar yang penulis senaraikan di atas. Kembalikan nostalgia zaman 90-an.

 

No comments: