Sunday, 19 April 2015

KELEBIHAN BULAN REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB -Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalender Islam. Bulan Rejab adalah antara bulan yang dimuliakan Allah bagi siapa yang beramal dan membuat kebajikan. Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka Allah S.W.T akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah S.W.T akan menambahkan pahalanya.”

KELEBIHAN BULAN REJAB




Beberapa hadis lagi Rasulullah S.A.W menunjukkan kelebihan bulan Rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat-gandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

KELEBIHAN BULAN REJAB




8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

- Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Jadi, penulis menyeru diri ini serta para pembaca untuk menambah amal dalam bulan Rejab disamping mempersiapkan diri untuk menjemput kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga bermanfaat. WALLAHUA’LAM...

No comments: