CARA AJAIB RAWAT DEMAM SELSEMA TANPA UBAT - Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan. Petua ubat demam panas tradisional dan cara menyejukkan badan. Khasiat buah .....Petua yg bagus untuk bayi yang kena demam, selsema dan batuk.
1 Air didihan beras
Ambil air didihan beras, sejukkan dan minum semasa masih suam-suam. Air didihan yang sejuk agak berlendir dan pekat (susah untuk ditelan). Dipercayai dapat menghilangkan rasa gatal-gatal dan kering pada kerongkong.
#2 Halia
Ketuk halia dan campurkan ke dalam air perahan limau. Minum panas atau suam. Dipercayai dapat menghilangkan rasa sejuk dalaman.
#3 Kunyit Hidup & Kapur
Untuk bayi, amat sesuai petua ini dengan mencalitkan sedikit kunyit hidup atau kapur pada bahagian batang hidung mereka. Kesannya seolah-olah sapuan vicks dan menyamankan nafas.
#4 Sireh
Ramas beberapa helai daun sireh sehingga keluar lendirnya. Sapu lendir daun sireh itu pada batang hidung.
#5 Madu
Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Bagi dewasa boleh amalkan makan madu secara terus atau dicampur dengan air suam serta sedikit limau nipis.
#6 Bawang putih
Bakar bawang putih dan ketuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam air suam dan minum
#7 Mandi
Mandi air suam dan elakkan mandi malam
#8 Basahkan ubun-ubun kepala
Saya tidak pasti apa disebalik petua ini tetapi selalu dengar nenek sentiasa berpesan agak selalu basahkan ubun-ubun ketika selsema.
#9 Elakkan susu lembu
Petua hilangkan demam selsema bagi kaum Cina. Elakkan pengambilan / memberi susu lembu (anak-anak) semasa selsema kerana memekatkan kahak dan melambatkan proses pemulihan.
Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh
Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak
Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema
HALIA
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
IKAN
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
SAYURAN HIJAU
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
BAWANG PUTIH
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
KUNYIT
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
MADU
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
AIR BERAS
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam
No comments:
Post a Comment