Wednesday, 15 April 2015

Keputusan South China vs Pahang

Keputusan South China vs Pahang 14 April 2015. Pasukan Tok Gajah atau Pahang tewas lagi kepada South China. Dalam pertemuan kedua mereka, Pahang tewas 3-1 dan sebelum ini ketika pertemuan di Kuantan tewas 0-1.

Kemenangan keempat diraih oleh South China membolehkan mereka mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan dengan kutipan 12 mata selepas empat perlawanan manakala Pahang kekal di tangga kedua dengan empat mata.

AFC Cup 2015

Bersambung separuh masa kedua, South China terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pahang dan hasilnya, Lo Kong Wai menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-56 menerusi serangan pantas ke kubu Pahang. Selang tiga minit kemudian, pemain naturalisasi Hong Kong, Jonathan Jack Sealy menambah derita pasukan Pahang dengan gol ketiga selepas memperdayakan pertahanan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid. Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan untuk Pahang pada minit ke-62 selepas menyempurnakan hantaran daripada Matias Conti.

Pahang bakal berdepan tugas sukar dengan perlu menang dua perlawanan terakhir untuk memastikan tiket ke pusingan seterusnya.

Keputusan : South China 3 Pahang 1

No comments: