Wednesday, 15 April 2015

TANDA-TANDA ANDA SEORANG YANG BERTUAH

TANDA-TANDA ANDA SEORANG YANG BERTUAH-Setiap manusia dikurniakan tuah yang berbeza. Ada yang sentiasa bertuah dan ada pula yang kadangkala bertuah dan kadangkala tidak. Hidup ini penuh dengan onak dan duri. Untuk mencapai kejayaan tidak semudah ABC. Pendek kata, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.

TANDA-TANDA ANDA SEORANG YANG BERTUAH




Saban hari, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita yang membuatkan kita rasa penat dan tertekan dan kadang-kadang sesuatu kejadian yang berlaku itu membuatkan kita rasa putus asa. Sesetengah orang sering meletakkan diri mereka sebagai manusia paling malang di dunia tanpa menyedari mereka sebenarnya dikurniakan tuah yang sangat besar.

Di bawah ini merupakan tanda-tanda yang menunjukkan anda sangat bertuah dan anda sepatutnya merasa bersyukur dengan apa yang anda peroleh. Cer tgk salah satu atau kesemua tanda di bawah ada pada anda ataupun tidak.

1. Anda masih hidup dan berupaya menghirup udara segar.

2. Anda melihat matahari terbit dan terbenam.
3. Anda boleh merasai kemanisan kek coklat.

4. Anda tidak tidur dalam keadaan lapar semalam.

5. Anda ada dua atau lebih pilihan pakaian untuk dipakai.

6. Anda tak takut untuk keluar rumah dan menjalani kehidupan.

7. Anda risau tentang masa depan; ini bermaksud anda masih ada impian dan cita-cita sebagai seorang manusia dan belum putus harapan.
8. Anda kuat dan sihat. Jika anda jatuh sakit, anda punya kemampuan untuk kembali sihat.

TANDA-TANDA ANDA SEORANG YANG BERTUAH




9. Ada orang yang merindui anda dari jauh.

10. Ada seseorang di sisi anda untuk bantu anda melalui dugaan dan cabaran hidup.

11. Anda punya kemudahan air bersih untuk digunakan.

12. Anda punya akses kemudahan kesihatan.

13. Anda mempunyai akses internet.

14. Anda boleh membaca.

Nah! Ada tak tanda-tanda tersebut pada anda? Kalau ada, anda sepatutnya berasa lega kerana anda masih punya banyak perkara yang buatkan hidup anda lebih ceria. Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadangkala kita berada di atas, dan kadangkala kita berada di bawah. Jika kita berada di atas, jangan kita berasa selesa kerana kita juga akan merasa berada di bawah dan jika kita berada di bawah, janganlah berduka kerana satu hari nanti pasti kita akan berada di atas.

Yang penting kita berusaha untuk mencapai matlamat dan tujuan kita. Allah tidak mengukur kejayaan seseorang itu pada harta yang melimpah ruah, hidup yang serba mewah dan selesa serta pangkat yang tinggi tetapi Allah melihat kejayaan seseorang itu bila mana dia bersyukur dengan segala yang diperolehnya dan usaha yang berterusan untuk memperoleh sesuatu nikmat itu. Semoga bermanfaat! WALLAHUA’LAM...

No comments: