Wednesday, 15 April 2015

LOKASI DAN TARIKH UJIBAKAT AF2015

LOKASI DAN TARIKH UJIBAKAT AF2015 - Program realiti nyanyian paling popular di Malaysia,Akademi Fantasia kembali untuk musim terbaru bagi tahun 2015Akademi Fantasia 2015 #bakatAF2015 ujibakat melalui Instagram dan di 4 buah negeri berlainan bermula 2 Mei 2015.

AF2015

Program rancangan realiti nyanyian popular di Malaysia, Akademi Fantasia kini kembali lagi dengan musim terbaharu pada tahun 2015

Pihak Astro telah mengumumkan untuk meneruskan misi pencarian bintang sebenar menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF2015)

Bagi musim terbaru ini sebanyak empat buah negeri telah dipilih untuk sesi ujibakat iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor dan Kuala Lumpur

UJIBAKAT SECARA ONLINE

Calon peserta tahun ini boleh memilih untuk menghantarkan penyertaan dengan memuat naik video nyanyian menerusi Instagram

Untuk mengambil bahagian, calon perlu memuat naik video nyanyian secara kreatif beserta hashtag #BakatAF2015 dan #Hotlink2015

Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink bermula pada 19 April ini. Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut sila layari www.hotlink.com.my/AF2015

UJIBAKAT SECARA WALK IN

Peserta yang berminat menjadi bintang Akademi Fantasia 2015 boleh juga mengunjungi lokasi ujibakat yang dinyatakan pada tarikh ditetapkan iaitu

LOKASI DAN TARIKH UJIBAKAT AF2015


























Tarikh (2015)Lokasi
2 & 3 MeiThe Light Hotel, Seberang Perai (Pulang Pinang)
9 & 10 Mei1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (Sabah)
23 & 24 MeiBerjaya Waterfront, Johor Bahru (Johor)
30 & 31 MeiKompleks Sukan Negara (Kuala Lumpur)

Uji bakat terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 hingga 35 tahun

Peserta akan dinilai dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan

Barisan juri yang dipilih untuk mengadili sesi uji bakat adalah Datin Marlia Musa, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Edrie Hashim dan Cikgu Shahrol

Lagu wajib yang disenaraikan untuk sesi ujibakat adalah seperti berikut

PESERTA LELAKI







































LaguPenyanyi
MatahariHafiz
MewangiAkim & The Majistret
PencuriMark Adam
Pelesit KotaSearch
Umpan Jinak Di Air TenangAhmad Jais
Harus TerpisahCakra Khan
All Of MeJohn Legend
Sedetik LebihAnuar Zain

PESERTA WANITA







































LaguPenyanyi
GilalahStacy
Di Pintu SyurgaDayang Nurfaizah
Sesal Separuh NyawaAlyah
Ya MaulaiDatuk Siti Nurhaliza
Madah BerhelahZiana Zain
RinduAmelina
Hatiku yang kau sakitiRossa
ChandelierSia

No comments: