Tuesday, 21 April 2015

Keputusan Piala FA 21 April 2015

Keputusan Piala FA 21 April 2015. Kelantan dan Terengganu cemerlang untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila menewaskan Sime Darby dan Perak dalam perlawanan kedua suku akhir.

[caption id="attachment_3692" align="aligncenter" width="194"]Piala FA 2015 Piala FA 2015[/caption]

Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Badhri Radzi pada minit ke-40 sebelum dua lagi gol pada babak kedua hasil jaringan Austin Amutu pada minit ke-57 dan Erwin Carrillo minit ke-74. Gol menerusi Paulo Rangel pada minit ke-21 dan Issey Nakajima-Farran minit ke-56 membawa Terengganu ke separuh akhir.

Kelantan bakal berdepan pemenang antara Pulau Pinang dan Pahang yang akan berlangsung esok manakala Terengganu akan berdepan pemenang Lions dan JDT II dalam peringkat separuh akhir.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Kelantan vs Sime Darby 3 -0 ( aggregat 4 – 1 )

Perak vs Terengganu 0 – 2 ( aggregat 1 – 3 )

No comments: