Saturday, 7 March 2015

SELAMATKAN NYAWA DENGAN APLIKASI TWITTER!

SELAMATKAN NYAWA DENGAN APLIKASI TWITTER!-Masalah merupakan sesuatu yang biasa dalam kehidupan seharian kita. Setiap golongan manusia mahupun lapisan masyarakat mempunyai masalah masing-masing. Sebagai contoh, pelajar mempunyai masalah dengan pelajarannya dan juga gurunya, pekerja pula mempunyai masalah dengan pekerjaan dan majikannya. Walaubagaimanapun, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Ujian itu Allah turunkan adalah untuk menyedarkan manusia tentang tinggi rendahnya langit itu. Manusia ini secara lumrahnya bersifat dengan sifat pelupa. Bila senang, kita lupakan DIA dan bila susah, baru kita memanggil dan mencari-Nya. Sebab itulah Allah turunkan ujian bagi menarik semula manusia ke jalan yang lurus.

SELAMATKAN NYAWA DENGAN APLIKASI TWITTER!




 

Namun, kebanyakan manusia sekarang suka mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, jika miskin, mengambil jalan mudah dengan menyertai ‘Skim Cepat Kaya’, jika gemuk mengambil pil kurus yang kita sendiri tidak tahu apakah kesan sampingannya dan yang lagi teruk, apabila seseorang putus cinta ataupun kecewa yang teramat sangat, mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalahnya dengan membunuh diri sama ada menelan pil tidur sehingga ‘overdose’, mengelar nadinya, menggantungkan diri pada kipas syiling rumah ataupun terjun dari bangunan yang tinggi. Cara-cara sebegini telah ramai yang mempraktikkannya sebagai jalan mudah untuk bebas dari dibelenggu masalah dan perasaan kecewa.

Oleh yang demikian, sebuah badan kebajikan di Britain telah melancarkan satu aplikasi untuk Twitter yang dapat mengesan status yang mempunyai hasrat untuk membunuh diri.

Aplikasi tersebut bernama Samaritans Radar ini disasarkan kepada pengguna yang berumur 18 hingga 35 tahun yang merupakan kumpulan yang paling aktif di Twitter.

Perkataan yang aplikasi ini akan cari adalah dalam bahasa Inggeris yang merangkumi ‘’tired of being alone”, “hate myself”, “depressed”, “help me” dan need someone to talk to”.

SELAMATKAN NYAWA DENGAN APLIKASI TWITTER!


samaritans radar2

Dibina oleh agensi digital, Jam, aplikasi ini juga akan memberi amaran yang awal kepada pengikut Twitter seseorang yang mempunyai niat untuk bunuh diri.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengikut Twitter perlu melawat laman web Samaritans Radar dan memberikan butiran mereka. Selepas itu, mereka akan mula memerhatikan akaun Twitter.

Memandangkan ramai orang menggunakan aplikasi Twitter sebagai medium untuk meluah rasa pada setiap detik, saat, minit mahupun hari, jadi dengan adanya aplikasi ini, para pengguna Twitter atau lebih tepat lagi pengikut Twitter dapat menyelamatkan seseorang yang mempunyai niat untuk membunuh diri dan seterusnya dapat membantunya untuk pulih seperti biasa. Kadang-kadang, kita sendiri tidak sedar seseorang itu mempunyai masalah yang teruk sehingga mempunyai niat untuk membunuh diri walaupun orang itu adalah sahabat baik kita sendiri. Semoga dengan aplikasi ini, kita dapat menyelamatkan nyawa insan yang kita sayang.

~Ujian itu nikmat,Nikmat itu ujian~

Semoga Bermanfaat.

No comments: