Berikut adalah Punca Yang Menyebabkan Bayi Sukar Tidur :
1.Mula Tumbuh Gigi
Bayi akan kurang nyenyak tidur kerana tumbuh gigi.Tumbuh gigi memang menyakitkan. Gigi yang tumbuh biasanya akan membuatkan gusi bayi gatal dan tak selesa. Mbuh Biasanya apabila tumbuh gigi bayi akan mengeluarkan air liur dan suka menggigit benda yang keras.
2.Kelaparan
Biasanya bayi susah tidur kerana perut lapar. Berikanlah susu kepada bayi sekurang-kurangnya setiap empat jam kerana bayi mudah terasa lapar. Susukan anak secukupnya sebelum tidur.
3.Tidak Selesa Dengan Pakaiannya
Tidur bayi juga terganggu kerana memakai pakaian yang tidak selesa, tidak menyerap peluh dan sempit. Berilah bayi anda pakaian yang ukurannya sesuai dengan tubuh bayi dan diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh.
4.Suasana Yang Tidak Selesa
Jauhkan bayi dari keadaan yang bising kerana bayi memerlukan tidur yang tenang. Sentiasa pastikan suhu bilik jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika menggunakan pendingin udra, atur suhunya jangan sampai bayi menggigil kesejukan.
5.Penyakit Atau Gangguan Kesihatan
Kemungkinan bayi anda mempunyai penyakit atau gangguan kesihatan. Contohnya bayi anda demam dan batuk.
Sumber-woman online magazine
[caption id="attachment_6714" align="aligncenter" width="600"]

No comments:
Post a Comment