Tetapi tak semestinya isteri anda sahaja yang happy , suami pun happy jika isterinya berhenti merokok sekiranya merokok. Perempuan tidak sesuai merokok kerana perempuan mungkin membahayakan rahim anda sendiri dan kesihatan anda.
Berikut beberapa tips berhenti merokok yang boleh anda cuba atau syorkan kepada ahli keluarga anda yang merokok.
- Biasakan Tangan Anda Bekerja
Ganti kebiasaan anda dengan melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda lupa untuk merokok. Cuba biasakan tangan anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti menyapu sampah, mencuci pinggan dan sebagainya.Atau anda juga boleh berbasikal dan berenang bagi mengisi waktu terluang yang anda.
- Kena Rajin Memberus Gigi
Jadikan aktiviti memberus gigi ini sesuatu yang penting dalam hidup anda. Jangan lupa memberus gigi setelah anda menikmati makanan atau paling kurang berus gigi, dua kaki sehari. Bangun tidur dan sebelum anda tidur, dengan cara ini ia akan mengurangkan anda untuk merokok.
- Luangkan Waktu Berbual Dengan Si Dia
Anda beruntung jika si dia sememangnya jenis yang anti rokok. Saat bersamanya, sudah pasti anda akan terlupa untuk merokok. Lakukan sesuatu perkara yang positif yang boleh membuatkan si dia rasa anda menghormati dan menghargainya.
- Diet, Bersenam Dan Berehat
Usaha anda untuk berhenti merokok boleh dilakukan dengan cara pola diet, bersenam serta mendapatkan rehat yang mencukupi. Anda boleh juga menikmati kudapan atau gula-gula getah sebagai pengganti rokok. Pilihlah kudapan yang berkalori rendah atau tanpa kalori seperti gula-gula getah bebas gula, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar.Selain itu, minumlah air putih secukupnya agar kesihatan tubuh terjaga. Jangan lupa bersenam untuk menggantikan kebiasaan merokok anda itu. Secara tak langsung ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih sihat dan segar. Kebiasaan baru ini juga akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih fit dan mulai sekarang cubalah tanam dalam hati bahawa merokok hanya akan merosakan kesihatan serta seluruh kehidupan anda. Lakukanlah demi yang tersayang.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
- Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
- Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
- Jagalah mereka, sayangi mereka.
- Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
- Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
- Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
- Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
- Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
- Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
- Selamatkan diri anda dari mati pucuk
- Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak bijak, jangan merokok.
Rokok membahayakan kesihatan. Jadi berhentilah ! Hentikan merokok !! Demi keselamatan kekuarga dan diri anda sendiri.
No comments:
Post a Comment