Beberapa kajian telah dibuat untuk menghapuskan penyakit ini tetapi masih belum ada penyelesaiannya.
Berikut adalah punca berlakunya sesak nafas :
1.Mengalami sakit asma
Mereka yang mempunyai masalah sesak nafas dipanggil pesakit asma. Ia berlaku mungkin kerana genetic atau persekitaran. Penyakit ini akan membuatkan pergerakan anda seperti sukan lasak menjadi terbatas. Penghidap juga perlu membawa alat bagi membantu sistem pernafasan mereka supaya berjalan lancar.
2.Mengalami Penyakit Jantung
Sesak nafas juga berpunca dari masalah jantung. Saluran jantung anda mungkin tersumbat dan tidak lagi mampu mengepam oksigen dan darah secara konsisten.
3.Komplikasi Paru-Paru
Sesak nafas juga berlaku kerana terdapat komplikasi paru-paru. Ia mungkin disebabkan saluran pernafasan tersumbat dan alergik. Kegagalan paru-paru untuk berfungsi dengan baik boleh menganggu pernafasan kita.
4.Wanita Mengandung
Sesak nafas juga mudah dialami oleh wanita mengandung. Wanita yang tidak pernah mengalami sesak nafas akan mula merasai semasa hamil. Ia boleh berlaku pada trimester pertama atau kedua. Hal ini terjadi kerana perubahan semulajadi dalam badan kerana hamil.
Oleh itu bagi mereka yang menghadapi penyakit ini, sentiasa merujuk doktor dan menjaga gaya hidup yang sihat.
Sumber-woman online magazine
[caption id="attachment_6544" align="aligncenter" width="600"]

No comments:
Post a Comment