Menurut Polis, lelaki yang juga suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain. Suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa.Ketika kejadian, mangsa berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke kampung. Mayat Intan Suraya Mawardi, ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya sejurus pulang dari kampung.
Suspek ditahan kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku telah membunuh mangsa.
No comments:
Post a Comment