Friday, 23 October 2015

MAKANAN SEDAP DI SHAH ALAM !

MAKANAN SEDAP DI SHAH ALAM ! - Fulamak ! Rugilah kalau tak pergi singgah dan jalan jalan cari makan di area shah ALAM ni , sebab korang akan jumpa kedai kedai yang dimaksudkan tu. ! Korang pernah pergi mana-mana kedai di dalam checklist di bawah ? Kalau belum kena serbu dulu.... baru tahu.

Western-Terbaik-di-Dwap-Barbarian-Vape-Grill-Shah-Alam-4




MENU UTAMA: BURGER




Muhammad Shahri Nama Premis : Burger FIRE.
Lokasi : Restoran Sri Shazz,Seksyen 24,Shah Alam.
Nama Pemilik : Muhammad Shahri @ SHAH..
No.Tel : 0173834251.
Menu Istimewa : Burger TUNA SPECIAL.


Trading Don Nizar
Burger Bakar Besar @night circle seksyen 11 shah alam.
Specialities:menyajikan homemede burger bakar dgn 3 size (S,M,L) 150g,300g & 600g.
Waktu operasi 5pm-1am.



makanan 1

makanan 3

makanan 2


 

1. Pak Li Kopitiam

Bosan dengan kopitiam-kopitiam yang sudah biasa anda nikmati? Apa kata, anda cuba makan dan minum di Pak Li Kopitiam yang terletak di Seksyen 7 ataupun Seksyen 18. Sebuah tempat yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga mahupun teman. Menu wajib cuba di sini adalah ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’. Minuman yang disyorkan adalah kopi putihnya. Menu yang selalunya terdapat di kopitiam yang lain turut disediakan seperti roti bakar,telur separuh masak,nasi lemak dan lain-lain. Restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 1.30 pagi bagi hari Ahad hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat dan Sabtu restoran ini beroperasi sehingga pukul 2.30 pagi.

2. Burger Yazid

Jalan-jalan cari makan Shah Alam yang seterusnya ialah ke Burger Yazid yang terletak di Seksyen 7. Burger ini sememangnya terkenal dengan saiz burgernya yang besar. Saiznya yang besar itu boleh dimakan bersama-sama dalam anggaran tiga hingga tujuh orang berdasarkan saiz yang dipilih. Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini seperti ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ yang dikatakan adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini. Namun,anda diingatkan supaya sabar menunggu menu yang dipesan kerana ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan di salah satu tempat makan menarik di Shah Alam ini.

3. Restoran Mr Steak House

Jalan-jalan cari makan Shah Alam seterusnya ke Restoran Mr Steak House yang terletak di Laman Seri Business Park di Seksyen 13, Shah Alam. Menariknya harga makanan di restoran ini ‘agak murah’ untuk sebuah restoran. Contohnya, harga untuk ‘Chicken Chop’ hanya RM8.90 tidak seperti restoran lain. Walaupun harganya agak murah,namun portion yang disediakan adalah berbaloi.

Anda bolehlah cuba menikmati Chicken Combo yang berharga RM13.90 kerana hidangan ini bukan semata-mata ayam sahaja. Tetapi turut digabungkan juga dengan dua kepingan lamb chop,grilled chicken bahagian thigh dan juga beberapa ekor udang.Sememangnya keenakkan rasanya membuatkan anda berbaloi untuk menikmati hidangan ini.

4. Restoran Mee Ketam

Apabila bertanya sahaja kedai makan yang sedap di Seksyen 7 ini,pastinya ramai yang mencadangkan anda untuk jalan-jalan cari makan Shah Alam mencuba mee ketam di Restoran Mee Ketam yang berdekatan dengan Unisel Shah Alam. Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan mee ketam yang terbaik dan wajib order apabila datang makan di sini. Harga bagi semangkuk mee ketam ini pula sangat berpatutan,cuma RM 8 untuk mee ketam bersaiz biasa. Rasa karinya yang sedap,pedas dan berlemak dan cukup rasa mampu membuatkan anda tak pandang kiri kanan apabila menikmati mee ketam ini. Ketam yang digunakan juga segar dan banyak isi.

Selain itu,anda juga disyorkan untuk memesan Lai Chi Kang kerana rasanya sangat berbeza dengan Lai Chi Kang yang terdapat di restoran-restoran lain. Waktu operasi Restoran Mee Ketam ini adalah bermula pada pukul 12.30 tengahari sehingga 10 malam pada setiap hari Selasa hingga Ahad. Manakala pada hari Jumaat,restoran ini akan mula beroperasi pada pukul 5 petang. Pada setiap hari Isnin,restoran ini akan ditutup.

5. Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam

Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam ini menawarkan pelbagai jenis sajian Johor dan juga pelbagai menu lain termasuk ‘western food’. Jadi, anda tak perlu pening-pening kepala nak pilih makanan apa yang anda suka.

Menu pertama yang wajib anda cuba ialah Kacang Pol.Dengar kata Kacang Pol ini dibawa khas dari Larkin, iaitu tempat Kacang Pol yang terkenal di Johor. Sekali cuba pastinya nak lagi! Manakala mee bandung udang galah sememangnya menjadi pilihan pengunjung di sini kerana udang galah yang disediakan memang besar dan betul-betul segar. Sememangnya rasa kemanisan udang galah tersebut sangat sesuai digabung dengan mee bandung udang galah ini.

Tidak lupa juga,anda perlulah mencuba mee rebus tulang. Pastinya anda akan menikmati setiap sedutan dari sum-sum tulang dalam mee rebus tulang ini. Harganya sangat berpatutan iaitu cuma RM9 semangkuk.Tarikan lain di Restoran Bisik-Bisik ini adalah ‘Asam Pedas Mak Kiah’. Anda boleh memilih samada mahukan ikan patin atau ikan jenahak untuk asam pedas Mak Kiah ini untuk dimakan bersama nasi putih. Restoran ini akan ditutup pada setiap hari Rabu,minggu kedua dan keempat setiap bulan dan beroperasi seperti biasa bermula pada pukul 12.30 tengahari sehingga 12.30 malam. Restoran Bisik-Bisik ini juga pernah mendapat liputan beberapa akhbar dan majalah utama.

 

#1 Restoran Zam Zam Arabic


Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G (Seksyen 9), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Restoran Zam Zam ini menyediakan masakan arab yang boleh dikatakan adalah terbaik di Shah Alam. Keadaan dan hiasan dalam juga menarik dan selesa. Pendek kata, sesuai untuk mereka yang mahukan suasana yang kondusif dan privasi.
Pelbagai komen dan pendapat positif dapat anda temui mengenai Restoran Zam Zam ini.

restoran zam zam

restoran zam zam

Dikatakan nasi arab di sini adalah original dan menyelerakan. Ada pendapat menyatakan bahawa daging lambnya adalah yang terbaik dan patut dicuba. Tidak pula ada yang mengsyorkan Ayam Mendy.

#2 Restoran Pak Mal Nasi Ayam


Jalan Telok Belanga 10/1 (Seksyen 10), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pernah dengar Nasi Ayam Pak Mal? Jika tidak, ini masanya untuk mencuba keenakkan nasi ayam di Seksyen 11 ini. Antara tempat makan yang wajib dicuba di Shah Alam.

nasi ayam pak mal

nasi ayam pak mal

Servisnya dikatakan cepat. Versi nasi ayamnya pula dikatakan antara yang terbaik berbanding nasi ayam tempat lain. Antara keistimewaannya adalah pada sos.
Ada mengatakan bahawa sosnya sedikit cair, tetapi sangat sedap kerana rasa pedasnya. Adakah anda setuju ini sebagai kedai nasi ayam terbaik di Shah Alam?

2 comments:

Amir said...

wow !

kena bookmark ! hehe

Adib Site said...

fuhh burger tu....