Thursday, 1 October 2015

GITARIS HEAVY METAL BERPURDAH

Gitaris Heavy Metal Berpurdah. Islam hanyalah agama saya dan muzik adalah profesion saya, itulah antara kenyataan yang diberi oleh seorang wanita berpurdah yang menjadi seorang pemain gitar sebuah kumpulan muzik heavy metal.

Kerana minat semuanya boleh jadi yang penting kemahuan sahaja. Berpurdah tidak menghalang wanita ini membuat persembahan bersama kumpulannya di pentas dengan irama heavy metal. begitulah Gisele Marie yang berasal dari Sao Paulo, Brazil merupakan peminat tegar muzik heavy metal dan wanita ini pernah menyertai sebuah band yang dikenali sebagai Spectrus . Gisele kini bersama sebuah lagi band baru dan kini sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah album.
"Saya tidak peduli tentang pandangan orang ramai terhadap saya hanya kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam hanyalah agama saya dan muzik adalah profesion saya, dan sememangnya dua perkara ini merupakan ciri-ciri peribadi saya. Fokus saya ialah pada muzik dan hakikat bahawa saya seorang Islam tidak mempunyai pengaruh atau apa-apa kaitan ke atas muzik yang saya mainkan," - Gisele

wanita berjubah gitaris heavy metal

No comments: