Friday, 2 October 2015

BAYI LAHIR DENGAN LUBANG HIDUNG TERKELUAR

BAYI LAHIR DENGAN LUBANG HIDUNG TERKELUAR | Seorang bayi lelaki dilahirkan dalam keadaan kecacatan genetic di mana dua lubang hidungnya terkeluar dari muka.

Bayi tersebut yang dinamakan  Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Ujar Jose Castillo yang merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak, belia menyatakan bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran. Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” ujarnya.

Bayi itu dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Carlos Arrestegui Ramos, seorang pakar kanak-kanak juga turut  memberitahu bahawa bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya. Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” Ujarnya.

Manakal bagi Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez, beliau yang turut melawat bayi berkenaaan telah menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya.

Sumber- wanista.com / agensi

 

No comments: