Monday, 19 October 2015

AIR DI PLANET MARIKH DITEMUI NASA ?

AIR DI PLANET MARIKH DITEMUI NASA ? - Pertama kali mendengar mengenai bukti yang ditemui menambahkan panik dan rasa aneh serta ajaib apabila pengaliran air ditemui. Dikatakan mungkin ada makhluk lain yang tinggal disitu. Namun itu mungkin andaian sahaja. Ciptaan ALLAH SWT semuanya ada kelebihan tersendiri.

MARIKH


Pengarah Sains Planet Nasa, Jim Green, berkata, penemuan itu sekaligus mengesahkan, bahawa Marikh bukan sebuah planet yang tandus.

"Marikh bukan sebuah planet yang kering seperti yang kita sangkakan sebelum ini.

"Dalam keadaan tertentu, air telah ditemui di Marikh," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Saintis di seluruh dunia sebelum ini percaya, air pernah mengalir serta menyebabkan berlakunya pembentukan lembah dan ngarai di planet merah itu.

Bagaimanapun, menurut Green, perubahan iklim yang berlaku kira-kira tiga bilion tahun lalu dipercayai menyebabkan berlaku perubahan itu ke atas muka bumi Marikh.

"Hari ini kita menyaksikan satu revolusi pemahaman mengenai planet itu.

"Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh," ujarnya.

Menurutnya, rover yang menjelajah permukaan planet itu turut menemui tanah yang lebih lembap daripada yang dijangkakan.
 - ASTROAWANI-

Katanya, sejak empat tahun lalu, NASA memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh.

Bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka boleh merumuskan, bahawa jalur-jalur itu adalah air.

Sebuah penemuan tergempar baru saja diumumkan oleh pihak NASA. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat tersebut menyatakan, mereka menemui aliran air di Planet Marikh. Ini memberikan petanda bahawa Marikh bukan sebuah planet yang tandus malah mungkin planet berkenaan didiami oleh kehidupan lain.

Saintis percaya, air pernah mengalir serta menyebabkan berlakunya pembentukan lembah di Planet Marikh dan air yang ditemui bukan dalam bentuk laut atau sungai seperti yang biasa dilihat di bumi. Pengarah Sains Planet Nasa, Jim Green, berkata, perubahan iklim yang ketara berlaku kira-kira tiga bilion tahun lalu dipercayai menyebabkan berlaku perubahan itu ke atas muka bumi Marikh.

Beberapa mineral seperti perklorat telah ditemui di permukaan planet Marikh yang merupakan sejenis garam untuk mengurangkan suhu sejuk beku dan mengurangkan kadar pengewapan cecair.

NASA mengatakan pelbagai kajian terpaksa dilakukan terhadap planet Marikh ini selepas penemuan pengaliran air di planet tersebut.

Disamping itu, NASA mengatakan penemuan ini juga membolehkan mereka memilih lokasi yang tepat ketika menghantar angkasawan ke ekspedisi planet berkenaan kelak.

No comments: