PANDUAN SEBELUM MEMBELI iPHONE TERPAKAI

- Keadaan Luaran
iPhone baru akan berada dalam kondisi sempurna tanpa sebarang calar. Tidak patut anda mengharap iPhone terpakai juga mempunyai kondisi yang sama. Cuma pastikan tiada calar teruk dan lekuk pada bahagian luaran. Pastikan juga tiada sumbing dan keretakan pada skrin LCD.
Anda juga perlu memeriksa tanda merah pada tray sim kad, untuk iPhone 5 keatas, atau pada sambungan 30-pin/headphone jack’, untuk iPhone 4s kebawah, untuk memastikan iPhone terpakai tersebut tidak selalu terdedah kepada kelembapan tinggi. Jika terdapat tanda merah tersebut, maka jaminan iPhone tersebut akan terbatal.
Lihat juga nombor imei untuk iPhone 5 keatas atau nombor siri untuk 4s kebawah pada penutup belakang dan bandingkan nombor-nombor tersebut pada perisian iPhone tersebut, kotak yang akan diberikan dan tray sim kad. Ini untuk memastikan penutup belakang yang disertakan adalah penutup asli.
PANDUAN SEBELUM MEMBELI iPHONE TERPAKAI

- Perkakasan (Hardware)
Uji tempat pengecasan, headphone jack dan camera untuk memastikan perkakasan tersebut dalam keadaan baik. Buat beberapa panggilan telefon untuk menguji mikrofon dan speaker. Sambungkan iPhone tersebut dengan wifi dan langganan data. Muat turun aplikasi Dead Pixel Tester untuk menguji pixel mati pada skrin LCD.
Terdapat juga kes dimana pemilik menggantikan skrin LCD asli kepada skrin LCD tiruan. Skrin tiruan selalunya mempunyai kepadatan pixel yang lebih rendah dari skrin LCD asli. Ujian boleh dibuat dengan melayari laman web dpi.lv untuk membanding skrin LCD iPhone tersebut dengan spesifikasi sebenar.
PANDUAN SEBELUM MEMBELI iPHONE TERPAKAI

- Jangka Hayat Bateri
Anda boleh mengetahui jangka hayat bateri iPhone dengan muat turun perisian iBackupBot 4.0 (tutorial) pada computer anda atau muat turun aplikasi Battery Life pada iPhone tersebut. Selepas memuat turun, rujuk perkataan Battery Current Capacity. Kapasiti yang kurang dari 100 bermakna bateri iPhone tersebut menyimpan kuasa kurang dari kapasiti sebenar dan menunjukkan jangka hayat iPhone tersebut.
PANDUAN SEBELUM MEMBELI iPHONE TERPAKAI

- Ubah Apple ID
Ini adalah perkara terpenting sebelum anda membeli iPhone terpakai untuk mengelakkan iPhone yang dibeli menjadi penyendal pintu atau penanda buku. Jika anda tidak mengubah Apple ID pemilik terdahulu, anda akan menghadapi masalah ketika hendak restore atau menaik taraf iOS iPhone tersebut. Ia juga penting untuk memastikan iPhone tersebut bukan iPhone curi.
PANDUAN SEBELUM MEMBELI iPHONE TERPAKAI

- Periksa Jaminan (warranty)
Jika iPhone yang dijual masih dalam jaminan. Maka anda perlu memeriksa jaminan tersebut di dalam laman web Apple. Selalunya iPhone terpakai yang masih d idalam jaminan akan dijual lebih mahal.
Akhir kata dari kami, selamat membeli iPhone terpakai. Setelah anda menjadi sebahagian dari iFag jangan memandang keji mereka yang memiliki telefon pintar versi android.
No comments:
Post a Comment