Thursday, 6 August 2015

BOLEH KURUS DENGAN PERKARA NEGATIF INI?

BOLEH KURUS DENGAN PERKARA NEGATIF INI? - Tahukah anda , berat badan akan turun dan bantu anda dalam mengurangkan lemak di dalam badan bukan sekadar dengan perkara yang positif. Maksudnya positif dengan bertekad dan berusaha tetapi berat badan akan turun juga dengan adanya perkara negatif ini dalam diri anda tanpa anda sedar.

 

KURUS KEDING

Disini bukan bermaksud , anda perlu akui anda perlu cari negatif yang ada dalam diri anda, tetapi secara tak sengajanya akan mengurangkan dan susutkan berat badan dan tubuh anda. Janganlah amalkan kerana jika kurus dengan perkara negatif sepertti berkemungkinan anda tidak akan sihat , slim , kurus dan cantik. Anda kurus tapi mungkin kurang zat dan tak cantik. Mesti tak nak kan. Mari kita lihat apakah perkara tersebut.

Badan yang kurus atau keding boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.
Tetapi ada setengah orang yang obses nak kurus pasti nak tahu punca ini.

KURUS TANPA ZAT

  1. Faktor Genetik


Faktor genetik - keturunan anda. Jika keturunan sebegitu pasti anda salah seorang yang mewarisi tapi tak semestinya. Anda dapat mengubahnya dan dapat mencipta zat keturunan baru bermula dari diri anda.

Setiap orang memiliki gen di setiap sel yang ada pada tubuhnya. Gen merupakan penentu sifat yang diturunkan daripada kedua ibubapa, sama ada yang resesif ataupun dominan. Ia juga termasuk posture tubuh yang boleh dipengaruhi oleh genetik. Kurus juga boleh berpunca dari genetik yang diturunkan oleh kedua ibubapa. Sekiranya ibu dan bapa anda tidak kurus, mungkin nenek atau saudara mara yang dekat anda ada yang kurus. Itulah yang dinamakan gen yang resesif.

 

  1. Kekurangan Zat


Mungkin zat dalam tubuh kita kurang. Ada yang tak suka terlalu kurus. Ada yang kurus tapi lemah. Zat kurang. Antibodi lemah dan senang terkena virus dan serangan penyakit.

Kekurangan pengambilan zat juga boleh menyebabkan badan kurus. Ini adalah kerana tubuh tidak mendapatkan zat yang sesuai. Contohnya, pola makan yang tidak teratur dan jarang mengambil makanan yang sihat serta sempurna seperti telur, sayur-suyuran dan susu.

 

  1. Kurang Minum Air Putih


Air putih untuk bagi kita gebu. Ada orang kurus sebab tak cukup air. Ada yang gemuk air dan sebagainya,

Air merupakan salah satu yang penting bagi manusia kerana sebahagian besar penyusunan tubuh manusia adalah molekul air. Mempunyai badan yang kurus juga boleh disebabkan kerana anda kurang minum air putih. Situasi ini menyebabkan sistem penghadaman anda mengalami gangguan.Minum air secukupnya.Sebaiknya anda utamakan minum air putih dibandingkan dengan air lainnya. Ini adalah kerana air putih kaya dengan mineral berbeza dengan air lainnya yang sudah banyak mengandungi bahan kimia dan tidak baik untuk tubuh kita.

 

  1. Terlalu Banyak Berfikir Dan Stress


Ini pon boleh jadi. Ada yang stress kena makan. Ada yang terlupa sampai nak makan sebab sibuk. Itu sebab kurus.

Terlalu banyak berfikir juga akan mengakibatkan stress. Berfikir membuatkan anda mengeluarkan tenaga, jika anda terus berfikir dan tidak diimbangi makan dan istirahat yang seimbang maka akan terjadi pergolakan lemak dan protein di tubuh. Pergolakan itulah yang membuatkan otot anda jadi mengecil atau mengurus.

 

  1. Kurang Istirahat


Mungkin juga. Tak rehat cukup. Banyak kerja. Tubuh pun stress. Dah tak nak membesar.

Supaya seluruh anggota tubuh dapat bekerja secara menyeluruh anda perlu seimbangkannya dengan melakukan aktiviti, makan dan beristirahat. Jika tidak, gangguan dalam tubuh akan berlaku. Masalah ini biasanya terjadi pada mereka yang sering bekerja tidak tentu masa sehingga menganggu waktu tidur yang sepatutnya.

 

  1. Jarang Bersenam


Ya, dah kurus memang lah akan makin kurus jika jantung kita dan muscle tak kembangkan dengan baik jika tak bersenam. Badan pun cantik. Shape cantik.

Ramai yang kurang menitikberatkan soal bersenam, sedangkan ia sangat berguna untuk menjaga kesihatan tubuh. Anda yang kurang bersenam membuatkan tubuhnya mudah diserang penyakit sehingga menyebabkannya menjadi kurus.

 

wallahualam.. Berusaha lah dengan baik menjaga dirimu untuk sentiasa selesa beribadah dan kusyuk dalam setiap ibadahmu kepada ALLAH dan bantu dirimu untuk tidak stress dan bertenaga dalam beramal sebagai orang muslim yang sejati :)

 

-NS-

No comments: