Wednesday, 29 July 2015

PUNCA SEBENAR MUHYIDDIN YASSIN DI PECAT OLEH DS NAJIB

PUNCA SEBENAR MUHYIDDIN YASSIN DI PECAT OLEH DS NAJIB-Berita Terkini punca Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat PM selaku Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi. Berita mengejutkan apabila Perdana Menteri Najib Razak telah melakukan rombakan kabinet dimana Muhyiddin Yassin dipecat dan digantikan dengan Zahid Hamidi berkuatkuasa mulai 29 Julai 2015. Pengumuman itu dibuat sebentar tadi 28 Julai 2015 pada pukul 1.40 petang.

MUHYIDDIN VS NAJIB

Punca utama pemecatan jawatan Muhyiddin Yassin susulan pertikaiannya terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan. Selain itu, Muhyiddin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Najib Razak. Muhyiddin dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini dilihat seolah tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Muhyiddin Yassin juga mengakui jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas susulan parti UMNO itu kini berdepan dengan krisis kepercayaan berikutan kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Difahamkan lagi Najib Razak dan Muhyiddin tidak bertegur sapa malah bersikap “Dingin” ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh bekas perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) baru-baru ini. Dengan penyingkiran Muhyiddin selaku TPM, Najib Razak menyatakan tujuan utama rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan Barisan Nasional dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14.

MUHYIDDIN

Dengan pengumuman tersebut, Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahidi Hamidi juga masih memegang Jawatan Menteri Dalam negeri.

Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka kerana boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang betul setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

Selain daripada Muhyiddin Yassin yang dipecat selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM), turut digugurkan jawatan adalah 4 lagi menteri seperti yang tersenarai dibawah:

Menteri digugurkan/ Dipecat

Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri G Palanivel – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Shafie Apdal – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ewon Ebin – Sains, Teknologi dan Inovasi

Timbalan menteri digugurkan/ Dipecat

Datuk Abd Rahim Bakri – Pertahanan.Sumber.

No comments: