Wednesday, 10 June 2015

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2015

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2015-Pastinya ramai yang tidak sabar lagi menanti bila kah masa dan tarikh untuk melihat anak bulan ramadan bagi menentukan bermulanya hari puasa.

Oleh itu,admin disini telah mendapat info dari sumber bernama daripada pejabat mohor besar raja-raja malaysia telah menyatakan bahawa tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan adalah pada hari selasa bersamaan dengan 16 jun 2015.

Dan untuk melihat anak bulan tersebut,antara tempat-tempat yang di sahkan adalah di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).

melihat-anak-bulan

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan); Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen," kata kenyataan itu.

Persetujuan bagi tarikh melihat anak bulan itu adalah berdasarkan rukyah serta hisab.pengisytiharan itu juga akan turut diumumkan secara langsung menerusi kebanyakan saluran tv dan radio secara langsung.

No comments: