Tuesday, 9 June 2015

PENDUDUK TERGEMPAR BELUT JATUH DARI LANGIT?

PENDUDUK TERGEMPAR BELUT JATUH DARI LANGIT?-Memang agak tergempar para penduduk di sebuah bandar di amerika syarikat selepas beberapa ekor belut dijumpai telah jatuh daripada langit minggu lalu.

Beberapa penduduk melaporkan penemuan belut yang masih hidup di tempat letak kereta sebuah pasar raya dan laman rumah mereka. Penduduk percaya belut yang mempunyai gigi yang tajam itu jatuh dari langit, kerana lokasi kejadian terletak jauh dari tasik mahupun sungai.

belut jatuh dari langit

Bagaimanapun, Jabatan Perikanan Alaska memberitahu, belut itu adalah dari spesies lamprey dan ia tidak berbahaya kepada manusia. Jabatan itu percaya belut jatuh dari mulut burung yang terbang selepas menangkap ikan di kawasan sungai berhampiran bandar tersebut.

Lamprey sejenis haiwan parasit yang menggunakan giginya yang tajam untuk melekat pada insang atau badan ikan. Belut itu melukakan badan ikan untuk menghisap darah yang dijadikan sumber makanan utamanya.

Walaupun dilihat menggerunkan, tetapi Lamprey sejenis makanan yang popular di Alaska kerana rasanya yang enak dan tidak bertulang.sumber.

No comments: