PERSEDIAAN UNTUK MALAM PERTAMA-Persediaan malam pertama sangat penting bagi kedua-dua pasangan tidak kira suami atau isteri supaya betul-betul bersedia menempuh malam pertama. Anda pasti tidak mahu menjadi kaku dan "blur" sewaktu di ranjang. Berikut merupakan tips persedian malam pertama yang perlu anda berikan perhatian yang serius sebelum menjejakkan kaki kea lam perkahwinan.
PERSEDIAAN UNTUK MALAM PERTAMA
- Jaga Kesihatan
Kesihatan sangat penting bagi menjamin kecergasan sebelum, semasa dan selepas malam pertama. Sekirannya anda mahukan malam pertama anda menjadi pengalaman paling menyeronokkan pastikan anda berdua betul-betul mempunyai tahap kesihatan yang baik. Kalau anda rasa seperti ingin demam dan selesema bukankah ia akan mengurangkan mood asmara dan ianya pasti rasa tidak selesa.
- Tidur yang Mencukupi
Pastikan anda mempunyai tidur yang cukup 3 hari sebelum menempuh malam pertama. Ini bertujuan untuk mengumpul tenaga "LEBIH" yang bakal anda gunakan semasa malam pertama. Persedian malam pertama ini sangat penting dan setiap pasangan perlu beri perhatian terhadap perkara ini. Bila anda mempunyai tidur yang cukup barulah tenaga anda 200% dan anda boleh kekal aktif serta cergas semasa malam pertama.
PERSEDIAAN UNTUK MALAM PERTAMA

- Kebersihan Diri
Anda pasti tidak mahu menjalani malam pertama dengan badan yang tidak bersih dan segar. Perkara biasa sebelum malam pertama menjelma, pada sebelah paginya anda sudah sibuk dengan pelbagai acara sebagai raja sehari seperti bersanding, sesi fotografi, melayan tetamu dan lain-lain lagi. Pasti badan anda sedikit berbau jadi sebelum malam pertama menjelma pastikan anda mandi dengan bersih supaya dapat menghilangkan bau badan dan menyegarkan badan.
- Bau dan Nafas Mulut
Pasti anda tidak mahu keseronokan melayan bahtera malam pertama terganggu dengan bau nafas pasangan berbau. Mood malam pertama anda akan hilang, jadi persediaan malam pertama ini perlu diambil kira bagi memastikan moodghairah anda berterusan. Kalau boleh sebelum malam pertama elakkan daripada makan makanan yang berbau kuat seperti petai dan bawang.
- Bau Harum dan Romantik
Ingin tambahkan ghairah dan berahi malam pertama? Pastikan bilik anda berbau wangi dan harum. Ini dapat meningkatkan keinginan seks malam pertama. Selain bilik tidur, badan anda juga harus memakai wangi-wangian yang lembut dan romantik. Mood positif di ranjang anda pasti akan bertambah dengan mendadak. Tdak percaya? Cubalah!
No comments:
Post a Comment