
Namun, warga emas terbabit, Selamah Mat Zin, 74, enggan menyusahkan sesiapa, sebaliknya mahu menghabiskan sisa usianya di rumah sendiri.
Wanita yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kampung berkenaan berkata, dia kini hanya bergantung kepada ihsan penduduk kampung, selain keluarga angkatnya yang sering datang menjenguk.
Menurutnya, dia tinggal di rumah itu sejak 19 tahun lalu selepas ibu bapa angkatnya meninggal dunia dan tidak mempunyai adik-beradik lain.
Sumber-hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment