Mencukur bulu kaki akan membuatkan ia tumbuh kembali malah menjadi semakin lebat dan kasar.
Bulu kaki lebat terjadi kerana :
Faktor Keturunan - Cuba tengok kaki ibu dan ayah anda, adakah di antara mereka yang memiliki bulu kaki lebat? Jika ya, tak salahlah jika anda mewarisi bulu kaki mereka yang cukup lebat itu.
Luka bekas terjatuh – Jika anda perhatikan baik-baik, ada bulu lebat pada bahagian yang pernah luka bekas terjatuh.
Cukur Atau Mencabut Bulu Kaki- Kebanyakan remaja berpendapat bahawa mencukur bulu kaki merupakan cara mudah dan cepat untuk menghilangkan bulu kaki. Tanpa disangka, ketika bulu-bulu tersebut kembali tumbuh, ianya menjadi lebih lebat kesan daripada cukuran atau cabutan bulu-bulu tersebut.

Berikut merupakan cara-cara untuk menghilangkan bulu kaki :
Laser Hair Removal
Laser hair removal boleh menghilangkan bulu kaki dan mencegahnya tumbuh kembali. Pun begitu, ada memerlukan duit poket yang lebih untuk melakukannya. Ini adalah kerana proses menghilangkan bulu kaki menggunakan teknik sinaran laser. Sinar laser tersebut akan membakar akarnya sehingga bahagian yang terkena laser tidak akan ditumbuhi bulu kembali.
Waxing
Waxing adalah cara menghilangkan bulu kaki yang popular dan sering digunakan. Cara melakukannya ialah melekatkan kain ke kulit yang sudah disapu cecair khas untuk waxing. Untuk menghilangkan bulu, kain yang sudah melekat pada cecair tersebut kemudiannya di tarik. Hasilnya, bulu-bulu tersebut akan melekat pada kain dan kulit menjadi bersih bebas bulu. Waxing biasanya dilakukan di salun-salun kecantikan. Cara menghilangkan bulu kaki dengan waxing dikatakan mampu membuatkan pertumbuhan bulu baru menjadi lebih lalu kerana bulu boleh tercabut hingga ke akar.Teknik waxing yang terkenal adalah Brazilian Wax, di mana prosesnya menggunakan lilin cair likat dan sepotong kain.
Electrolysis
Cara ini jarang diketahui oleh masyarakat. Cara menghilangkan bulu kaki jenis ini dilakukan dengan cara memasukkan jarum ke dalam pori-pori bulu kaki. Kemudian arus elektrik dialirkan ke jarum tersebut. Kemudian bulu-bulu tersebut dihilangkan dengan menggunakan pencabut bulu.Jika dibayangkan mungkin cara ini dirasakan cukup menyakitkan dan kosnya juga tidak murah. Teknik electrolysis hanya boleh dilakukan oleh pakarnya dan melalui kaedah ini juga bulu kaki akan hilang secara kekal.
Berikut adalah Cara-cara untuk menghilangkan Bulu Kaki Secara Semulajadi
1.Pukul dua biji putih telur hingga mengembang, tambahkan dua sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung gandum. Sapukan ke seluruh bahagian kaki, biarkan 5-10 minit, kemudian gosok-gosokan secara perlahan-lahan supaya bulu-bulu kaki tersebut rosak.
2. Gunakan gula, lemon atau limau nipis dan madu Caranya campurkan dua sudu besar gula, 2 biji lemon atau limau nipis, dua sudu besar madu dan sedikit air.Panaskan campuran bahan tadi sehingga mendidih dan membentuk karamel. Setelah membentuk karamel, angkat dan biarkan seketika agarnya hilang panas.Kemudian sapukan karamel tersebut ke bahagian kaki yang ingin dihapuskan bulunya. Tempelkan kain di atasnya dengan sedikit penekanan. Setelah itu tarik kain perlahan-lahar dari arah yang berlawanan. Karamel yang menempel pada bulu kaki akan memudahkan penarikan bulu sehingga tidak terasa sakit. Selain dapat menghilangkan bulu kaki, campuran bahan ini juga dapat mengangkat sel kulit mati sehingga kulit kaki anda menjadi lebih halus.
Selamat mencuba!
sumber-wom.my
No comments:
Post a Comment