Thursday, 21 May 2015

XIAOMI Mi4i DIJUAL PADA HARGA RM749

xiaomi Mi4i

XIAOMI Mi4i DIJUAL PADA HARGA RM749  | Secara rasminya, Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan telefon baru iaitu Xiaomi Mi4i bagi pasaran Malaysia.

Mereka juga turut mengumumkan harga bagi peranti tersebut iaitu RM749 dan akan ditawarkan bermula 28 Mei melalui laman web Mi.com.

Xiaomi Mi4i mempunyai rekaan unibody yang berasaskan polikarbonat. Membawakan saiz skrin 5 inci. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP. Bateri berkapasiti 3120mAh.

Xiaomi Mi4i ini juga menyokong dwi-SIM yang mana masing-masing boleh menggunakan rangkaian 4G. Namun begitu peranti ini tidak menyokong kad-SD.

Xiaomi Mi4i menggunakan MIUI 6 berasaskan Android 5.0 yang mana terdapat fungsi yang menarik termasuk sokongan tema dan penambahbaikkan pada kamera.

sumber-amanz.my

 

No comments: