Tuesday, 19 May 2015

TUBUH BAYI DIKERAT 15 DIJUMPAI

[caption id="attachment_4573" align="aligncenter" width="456"] Foto - utusan malaysia[/caption]

TUBUH BAYI DIKERAT 15 DIJUMPAI | Tubuh janin bayi berusia tujuh bulan dijumpa dikerat 15 oleh sekumpulan pekerja kumbahan yang membuat pembersihan di loji kumbahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai.

Keratan janin tersebut ditemui tanpa badan dan kepala oleh pekerja kumbahan dalam perangkap sampah.

Menurut Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman, yang merupakan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Setelah dikumpul dan dibersihkan, didapati sebanyak 15 bahagian janin bayi termasuk kaki dan tangan ditemui,” Ujarnya.

Beliau memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai kes itu termasuk mendapatkan maklumat kemungkinan wanita yang baru bersalin di kawasan perumahan itu.

Ujarnya lagi,  kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang secara sulit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.

Sumber-utusan malaysia

No comments: