Tuesday, 5 May 2015

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR !

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR ! - Bilik tidur yang kecil bukan satu alasan untuk mengabaikan hiasan dalamannya. Cara anda menghias bilik tidur memainkan peranan penting. Malahan, penataan yang baik dan rapi juga menjadi cermin keperibadian diri anda yang sebenarnya. Mengubah bilik tidur anda menjadi bilik tidur berkonsepkan minimalis bukanlah perkara yang terlalu sukar.



Bilik yang kecil dan sempit tak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak menghias bilik. Jika kena caranya, bilik yang kecil dan sempit juga boleh tampil indah dan memberi keselesaan kepada penghuninya.

Berikut ini adalah 5 tips hias bilik yang kecil dan sempit tanpa perlukan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi. Catat ye Cik Kiah nak beritahu ni.

1. Pemilihan jenis dan bentuk perabot

Unsur ini penting dalam mencorak atau menghias bilik supaya penggunaan ruang bilik dapat diminimakan. Futon iaitu perabot yang boleh dilaraskan daripada sofa menjadi katil boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah bilik yang kecil dan sempit. Atau boleh saja pilih sofa bentuk ‘L’ yang boleh diletakkan di sudut dinding jika anda perlukan sofa di bilik tersebut.

Apa yang paling penting, anda perlu meluangkan waktu dan mendisiplinkan diri bagi mencipta bilik tidur minimalis yang kemas.Pastikan anda meletakkan kembali segala barang yang telah selesai anda gunakan di tempat asalnya.Setiap hari atau paling kurang tiga kali seminggu, bersihkan bilik tidur anda dari debu. Tukar cadar, sarung bantal dan selimut setiap minggu bagi menghindarkan diri dari serangan kuman atau penyakit.Di samping itu, hias bilik tidur anda dengan cara sederhana kerana kesederhanaan pada ruang mampu memberikan suasana tenang dan damai buat penghuninya.

2. Susun atur perabot

Ciri ini penting dalam mewujudkan ruang yang lebih luas dan bebas bergerak. Sebagai contohnya katil boleh diletakkan merapat ke tepi dinding berbanding kedudukan di tengah-tengah bilik.

3. Pilih sistem penyimpanan kreatif

Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari atau kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan memberi keluasan yang lebih bagi bilik kecil dan sempit.

 

4. Hiasan dalaman yang ringkas dan perlu sahaja

Bagi mereka yang suka memberikan tema tertentu kepada bilik masing-masing, terlebih dahulu pastikan tema itu bersesuaian dengan keluasan bilik serta tidak terlampau sarat yang mungkin akan membuatkan bilik itu kelihatan  tidak lebih seperti gudang sahaja :-B

5. Wujudkan ruang visual atau ilusi

Pemilihan cat dengan rona cerah dan lembut seperti putih, biru laut  dan sebagainya dapat memberi ilusi ruang yang lebih luas kepada bilik yang kecil dan sempit. Gantungan cermin besar pada dinding pasti saja mewujudkan ilusi ruang berganda serta lebih luas.

Cara Menghias Bilik Tidur Dengan Mudah

  1. Ganti tempat tidur anda dengan tempat tidur dengan konsep minimalis.

  2. Gunakan karpet lembut sebagai pelapik lantai agar anda tetap berasa selesa walaupun hanya berkaki ayam di dalam bilik.

  3. Gunakan permainan cahaya dalam bilik tidur anda. Gunakan lampu yang memiliki bentuk unik, kreatif dan menarik pandangan mata.

  4. Hiasi dinding dengan hiasan menarik. Misalnya, foto-foto percutian anda dan sebagainya.

  5. Singkirkan barang-barang yang sudah tidak digunakan supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak nampak semak.

  6. Letakkan bangku kecil untuk bersantai bersama orang yang anda sayangi.


 

No comments: