[caption id="attachment_4435" align="aligncenter" width="298"] Foto - Sekadar Gambar Hiasan[/caption]
PELAJAR TINGKATAN 4 MAUT DIBELASAH RAKAN ASRAMA | KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Bachok maut dipercayai dibelasah rakannya. Kejadian berlaku di asrama sekolah tersebut kira-kira jam 12 tengah malam.
Mangsa Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun dikatakan disepak kerana berlaku perselisihan faham berhubung kain tuala yang didakwa disidai mangsa di kepala katil rakannya.
Bapa mangsa, Zime Yakoob menyatakan berdasarkan laporan, dikatakan anaknya itu disepak di bahagian badan dan leher.
"Warden telefon dalam pukul 1 lebih. Isteri saya jawab dan diberitahu agar segera ke hospital kerana anak tenat. Kemudian, ada dua anggota polis datang ke rumah memaklumkan bahawa anak saya dah tiada," kata Zime.
Mangsa baru bertukar ke sekolah tersebut tiga bulan yang lalu supaya lebih dekat dengan keluarga.
Bagi abang mangsa pula, Mohd Nor Aminuddin berkata adiknya seorang yang tidak mempunyai masalah dan mudah bergaul di rumah.
"Dia depan orang ramai pendiam, jenis suka tolong orang. Kali terakhir jumpa dia pada cuti hari pekerja," Ujarnya.
Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di Kampung Gelam, Pasir Puteh hari ini.
Suspek juga telah ditahan polis dan siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment