- Haram sepenuhnya
- Boleh asalkan tidak terkena madzi (madzi hukumnya najis, maka dibersihkan dahulu karena keluar ketika awal bercumbu atau ketika terangsang)
HUKUM ISTERI MENELAN AIR MANI SUAMI
Hukum menelan sperma (air mani)
Air mani merupakan medium untuk sperma berenang untuk melalui proses persenyawaan dengan telur (ovum). Jadi, jika menelan air mani, sama juga seperti menelan sperma.
Adapun mengenai hukum menelan sperma, maka HARAM berdasarkan penjalasan ulama yang berikut:
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,
هل يحل أكل المني الطاهر؟ فيه وجهان: الصحيح المشهور أنه لا يحل لأنه مستخبث، قال تعالى وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِث [الأعراف:157].
“Apakah boleh memakan (menelan) mani yang suci? Ada dua pendapat, yang shahih dan terpilih adalah tidak halal karena, hal itu dianggap buruk. Sebagaimana firman Allah,
‘Diharamkan bagi kalian, hal-hal yang buruk’.”
Dalam Fatwa Asy-syabakah Al-Islamiyah,
وأما ابتلاع المرأة لمني زوجها فهو أمر منافٍ للفطرة السليمة والأذواق الرفيعة، وقد ذهبت طائفة من أهل العلم إلى أن المني نجس، وعلى رأيهم فلا يجوز ابتلاعه
“Adapun wanita menelan mani suaminya, maka ini adalah perkara yang bertentangan dengan fitrah yang selamat dan bertentangan dengan adab yang sepantasnya. Sejumlah ulama berpendapat bahawa mani najis (pendapat terkuat adalah tidak najis), maka menurut pendapat mereka tidak boleh menelannya.”
HUKUM ISTERI MENELAN AIR MANI SUAMI
Syaikh Abdurrahman Al-Barrak berkata,
ابتلاع المرأة لمني زوجها حرام وذلك لعدة أمور :
الأول : أن فيه تعرضاً لدخول النجاسة إلى فم المرأة ، ولا يُأمن مع خروج المني أن يخرج شيء من النجاسة ، خصوصاً في أول المني كالمذي والودي النجسين ، أو خروج بعض البول في آخر تدفق المني
الثاني : ولو قيل عند بعض العلماء بأن ” المني طاهر ” إلا أنهم لا يجوزون ابتلاعه استخباثاً واستقذاراً .
الثالث : أن فيه تشبهاً بالكفرة وأهل المجون وأهل الزنا الذين لا همَّ لهم إلا التلذذ بالشهوات ، وموافقة للحيوانات .
“Hukum istri Menelan sperma suami haram dengan beberapa alasan:
Pertama: bisa memungkinkan wanita menelan najis, tidak bisa dijamin bahawa ketika mani keluar , tidak keluar juga najis yang lain (seperti madzi dan sisa kencing, pent). Khususnya ketika awal-awal, iaitu madzi dan sisa air kencing pada ujung titisan.
Kedua: walaupun sebahagian ulama’ mengatakan mani suci, akan tetapi tidak boleh menelannya karena merupakan hal yang dianggap kotor dan buruk.
Ketiga: hal ini “tasyabbuh”, menyerupai orang kafir, orang dungu/pelawak, pelaku zina yang tidak ada keinginan mereka kecuali hanya masalah memenuhi kehendak syahwat sahaja. Ini juga menyerupai haiwan”.
Pendangan pakar perubatan mengenai menelan sperma
Mengenai menelan sperma maka ada pendapat yang menyatakan bahawa hal ini menyihatkan bagi wanita kerana sperma mengandung zat-zat penting dan nutrisi bagi kesihatan tubuh. Akan tetapi belum ada penelitian/jurnal ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan (setahu kami) yang menyatakan demikian.
Ada yang mendakwa telah melakukan penelitian bahawa wanita yang menelan sperma boleh menyihatkan tubuh badan. Akan tetapi ada ahli yang menyatakan bahawa hal tersebut belum boleh disahkan kerana:
1. Boleh jadi sihat kerana timbul perasaan gembira selepas memuaskan pasangan.
2. Belum boleh disahkan apakah zat-zat nutrisi dalam air mani hanya bermanfaat untuk nutrisi sperma saat pembenihan atau nutrisi tubuh secara umum.
Akan tetap lebih baik tidak melakukannya (menelan sperma) hanya untuk mencari kandungan zat nutrisinya (jika benar ada nutrisinya dan berguna untuk tubuh) kerana masih banyak sumber makanan lain yang sudah jelas bermanfaat pada tubuh. Semoga bermanfaat. WALLAHUA’LAM.
Sumber daripada : Muslimafiyah
No comments:
Post a Comment