Wednesday, 20 May 2015

BADAN TERBELAH DUA DIGILIS TREN KOMUTER



BADAN TERBELAH DUA DIGILIS TREN KOMUTER | Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil maut apabila badannya terbelah dua digilis tren komuter.

Kejadian berlaku pada jam 9 pagi. Mayat mangsa yang bernama K Anamalay, 67, ditemui orang ramai dalam keadaan mengerikan berhapiran stesen komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh.

Seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali memberitahu mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau mengadu jika ada masalah.

“Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh.

“Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian,” Ujarnya.

Pihak Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan ada menerima maklumat mengenai kejadian sebelum menghantar pasukan KTMB ke lokasi untuk siasatan.

“Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” Ujarnya.

Sumber-Hmetro

 

No comments: