Friday, 1 May 2015

ALFATIHAH ! ANGKARA 6 MYVI BERLUMBA 3 BERANAK MAUT

ANGKARA 6 MYVI BERLUMBA 3 BERANAK MAUT - KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dan bayi mereka maut dalam sebuah kemalangan yang disebabkan oleh sekumpulan kereta berlumba haram di lebuh raya.

MYVI




Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.00 ke 1.00 pagi malam tadi, kereta Pejero Sport pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan maut dalam kemalangan berkenaan.


Difahamkan, kejadian berpunca dari tindakan 6 buah kereta Perodua Myvi yang berlumba secara haram di lebuh raya.Duke dari arah Damansara melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kereta.


Pemergian pasangan terbabit meninggalkan dua anak perempuannya menjadi anak yatim piatu.


Menurut sumber, salah sebuah dari 6 kereta Perodua Myvi terbabit dari Familia Myvi Club telah menyerah diri di balai polis berhampiran. Manakala 5 lagi pemilik Myvi yang terlibat sedang dikesan.


Ekoran dari kejadian itu, Familia Myvi Club (FMC) digelar sebagai kelab pembunuh dan kini diserang oleh netizen dari pelbagai sudut.


AWANI :


KUALA LUMPUR: Satu kemalangan yang menyebabkan tiga maut berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke arah Damansara kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Kejadian berlaku apabila enam buah Perodua Myvi berlumba di atas jalan raya tersebut dan kemudiannya salah sebuah daripadanya melanggar sebuah Pajero.

Pelanggaran tersebut menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu terbalik manakala penumpangnya tercampak keluar.

Difahamkan penumpang yang meninggal dunia merupakan pasangan suami isteri serta bayi yang berusia 6 bulan.

No comments: