Saturday, 4 April 2015

KEISTIMEWAAN SURAH YUSUF DAN TAHA

KEISTIMEWAAN SURAH YUSUF DAN TAHA-Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad serta umatnya sebagai panduan hidup.

KEISTIMEWAAN SURAH YUSUF DAN TAHA




Dari segi bahasa : Al-Quran berasal dari kata kerja qara’a yang bererti mengumpul atau menghimpun dan qira’ah yang bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain dalam suatu ucapan yang tersusun rapi.

Dari segi istilah syara’ : Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W daripada Allah S.W.T melalui perantaraan malaikat Jibrail secara mutawatir bermula daripada Surah Al-Fatihah sehingga Suran An-Nas dan membacanya adalah ibadah.

Dari definisinya sahaja kita sudah sedia maklum bahawa Al-Quran ini adalah kata-kata Allah bagi mendidik serta memberi peringatan kepada hamba-Nya. Yang paling istimewanya Al-Quran ini adalah diturunkan untuk sekelian umat Nabi Muhammad S.A.W sejak dari zaman baginda masih hidup sehinggalah kiamat. Betapa beruntungnya kita semua menjadi umat baginda S.A.W. alhamdulillah.

Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan, sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau rakan-rakan, jadi penulis ingin berkongsi potongan ayat Al-Quran yang in shaa Allah akan memberi manfaat kepada kita semua.

1. Bacalah ayat ke-4 dari Surah Yusuf berikut :

KEISTIMEWAAN SURAH YUSUF DAN TAHA




2. Kemudian sambung dengan membaca ayat ke-39 Surah Taha :

KEISTIMEWAAN SURAH YUSUF DAN TAHA




Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh diamal dan dibacakan untuk anak-anak, ahli keluarga, rakan-rakan serta sahabat handai.

Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya.

In shaa Allah akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.

Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat.

Apa yang baik itu datang Allah S.W.T dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua. Kita sebagai hamba-Nya hanya mempu ikhtiar dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi sesuatu permasalahan itu. Semoga bermanfaat. WALLAHUA’LAM...

No comments: