Thursday, 2 April 2015

GOOGLE ADSENSE SUDAH SUPPORT BAHASA MELAYU BM

GOOGLE ADSENSE SUDAH SUPPORT BAHASA MELAYU BM-Akhirnya google adsense sudah support blog dalam bahasa melayu yang sebelum ini hanya beberapa bahasa sahaja yang mereka terima termasuk bahasa indonesia dan hari ini 2 april 2015 google telah mengesahkan melalui twitter mereka yang bahasa melayu atau bahasa malaysia sudah support di adsense.

adsense bahasa melayu

Sebelum ini memang ramai yang tercari-cari cara dan trick untuk apply adsense atau memasang adsense di blog bahasa melayu dan ada yang berjaya namun ramai juga yang tidak berjaya.ini kerana adsense pada masa itu masih tidak support blog atau web di dalam penulisan bahasa melayu.

Pasti ramai di kalangan blogger di malaysia ini yang gembira dengan berita ini dan semangan berblogging juga turut berkobar-kobar yang dulunya terpendam kerana asyik direject oleh adsense.

Walaubagaimana pun,bukan blog bahasa melayu sembarang yang mereka terima kerana untuk menjadi sebahagiaan daripada publisher adsense,blog haruslah menuruti dan mematuhi kesemua syarat dan kebijaksanaan google adsense yang sedia ada.

adsense bm

Sila pastikan blog anda bersih dari segala artikel yang meroyan.harap anda faham,hehe.. kalau tak faham,sila ke google adsense terms sebelum membuat permohonan sebagai publisher di google adsense.

Dan sebelum mendaftar selain daripada pensyaratan yang mereka berikan,sila pastikan yang blog anda juga tidak pernah membuat permohonan adsense sebelum ini serta email yang anda guna untuk apply adsense.kerana dikuathiri,permohonan anda tidak akan di luluskan.

Daftar google adsense disini

Jadi selamat beradsense dan happy blogging,maju lah blogging untuk negara.. :).apa-apa pertanyaan sila ajukan di ruangan komen.

No comments: