Tuesday, 10 March 2015

LELAKI DAYUS TIDAK MASUK SYURGA!

LELAKI DAYUS TIDAK MASUK SYURGA!-Nabi Adam ‘Alaihissalam merupakan manusia dan Rasul pertama yang dijadikan oleh Allah di dalam syurga dan kemudiannya Allah menjadikan Siti Hawa sebagai peneman (isteri) kepada Nabi Adam. Dalam satu hadis sahih, Nabi S.A.W bersabda, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

LELAKI DAYUS TIDAK MASUK SYURGA!




Menurut ulama’ hadis, hadis ini bukannya menceritakan tentang asal-usul wanita tetapi lebih kepada tanggungjawab lelaki iaitu untuk memelihara dan mendidik wanita. Di dalam Al-Quran juga Allah telah berfirman,

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri”. (Surah An-Nisa’ : 34)

Lelaki yang tidak mendidik dan memelihara wanita adalah tergolong dalam kategori lelaki dayus. Apa itu dayus?

Dayus bermaksud suami membiarkan isteri berterusan melakukan perbuatan maksiat terhadap Allah S.W.T dan meredhainya.

Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda, “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani: Majma az-Zawaid, 4/327)

Apakah ciri-ciri seorang lelaki itu dikategorikan sebagai DAYUS?

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


LELAKI DAYUS TIDAK MASUK SYURGA!



5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan atau berbangga dengan anak perempuan dan isteri yang memakai pakaian  seksi dan tidak menutup aurat di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.


11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.


12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.


13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Nauzubillahi minzalik. Jauhkan diri kita daripada menjadi lelaki dayus dan isteri kepada lelaki dayus. Semoga bermanfaat. Setiap yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga datang daripada Allah tetapi atas kelemahan dan kekurangan diri penulis sendiri. WALLAHU’ALAM...

No comments: