Sunday, 29 March 2015

Keputusan Malaysia vs Macau 29.3.2015

Keputusan Malaysia vs Macau 29.3.2015 . Anak buah Razip Ismail mencipta kemenangan dalam aksi kedua bertemu Macau dalam saingan kelayakan Piala AFC bawah 23. Malaysia perlu menang dalam usaha menghidupkan sisa peluang andai berjaya menewaskan Jepun dalam perlawanan terakhir kumpulan.

[caption id="attachment_3738" align="alignnone" width="270"] Keputusan Malaysia vs Macau[/caption]

Dua gol Malaysia dijaringkan menerusi sepakan penalti pemain sayap, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-11 dan tandukan pemain pertahanan, Wan Amirzafran Wan Nadris pada minit ke-66.

Malaysia bakal berdepan Jepun dalam perlawanan terakhir kumpulan I dan perlu mencipta kejutan untuk menang andai mahu layak ke pusingan seterusnya.

No comments: