5 KISAH DONGENG YANG PELIK-Biasanyaa kisah dongeng yang sering diperdengarkan kepada anak kecil akan mengandungi elemen gembira, kesusahan serta pengajaran di akhir cerita.
Kisah-kisah dongeng atau fantasi ini kebiasaannya dikarang atau disampaikan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi teladan kepada generasi baharu. Tidak hairanlah banyak cerita penglipur lara yang masih popular sehingga kini.
Namun ada juga kisah-kisah dongeng yang mempunyai jalan cerita yang agak pelik dan tidak diketahui umum. Ikuti rangkaian lima kisah dongeng ini yang pelik di dunia.
The Goose Girl
The goose girl mengisahkan seorang puteri raja yang dihantar ibunya untuk dikahwinkan. Sang puteri ditemani seorang dayang dan seekor kuda bernama Falada yang boleh bercakap. Dayang itu mengunakan tipu helah lalu menggantikan tempat puteri dan berkahwin dengan putera pilihan permaisuri tadi. Tipu helah yang digunakan oleh adalah Dayang memaksa tuan puteri bekerja sebagai pengembala itik. Kuda yang bernama Falada itu turut dibunuhnya. Di akhir cerita, semua rahsia terbongkar. Dayang itu dihukum masuk ke dalam tong berduri dalam keadaan berbogel dan di heret ke sekeliling kota sehingga mati.
The Mouse, The Bird, and The Sausage
Kisah ini sememangnya sangat pelik kerana tikus, burung dan sosej boleh hidup bersama dalam satu rumah. Setiap hari burung ditugaskan untuk mengutip kayu, tikus akan membawa air dan memasang api. Sosej pula bekerja sebagai tukang masak.
Suatu hari burung termakan hasutan kawannya lalu menyuruh dua rakannya bertukar kerja. Sosej akhirnya maut dimakan anjing semasa mengutip kayu, tikus pula mati kerana terjatuh dalam periuk panas. Burung yang kecewa pula mati kerana tidak sempat melarikan diri semasa rumah terbakar.
The Princes and the Treasure
Seringkali kisah dongeng mempunyai karekter wajib seperti puteri, putera, penjahat dan watak pembantu karekter utama. Tapi berbeza pula dengan ceritera The Princess and the Treasure ini kerana kedua-dua watak utamanya adalah putera raja! Kedua-dua putera tersebut digambarkan sebagai kacak dan pergi melalui pengembaraan untuk menyelamatkan puteri. Namun kedua-dua putera akhirnya jatuh cinta sesama mereka. Pada pengakhiran cerita mereka berdua berkahwin dan hidup bahagia selama-lamanya.
The Enchanted Tsarevich
Kisah rakyat Russia ini mengisahkan tentang seorang saudagar yang mahu membawa pulang hadiah kepada tiga anak perempuannya. Dua yang sulung mahukan kot manakala yang bongsu mahukan bunga seperti yang dilukisnya. Saudagar itu akhirnya menjumpai bunga tersebut di laman seekor ular berkepala tiga. Ular menyuruh saudagar itu membawa anak perempuan yang mahukan bunga tersebut untuk dikahwininya. Setelah berkahwin, mula timbul rasa sayang di antara ular tersebut kepada gadis itu.
Ular itu membenarkan isterinya pulang ke rumah dengan syarat harus balik semula sebelum malam kunjung tiba. Diperdaya oleh kedua kakaknya, gadis itu hanya pulang keesokkan harinya dan dia menjumpai mayat seorang lelaki yang mati kerana terlalu kecewa.
The Singing Bone
Seorang raja menawarkan anak perempuannya kepada sesiapa yang berjaya membunuh babi durjana yang membuat kekacauan dalam negara.
Oleh itu, ada dua beradik pergi memburu dan berakhir dengan si adik berjaya membunuh haiwan itu. Si abang kemudiannya membunuh adik sendiri lalu menuntut perkahwinan diraja tersebut.
Beberapa tahun kemudian seorang gembala menemui tulang (milik si adik) lalu dijadikan seruling. Seruling itu tidak henti-henti memainkan lagu mengenai pembunuhan. Pengembala itu mempersembahkan instrumen tersebut kepada raja. Boleh teka apa yang akan terjadi bukan?
Banyak lagi kisah rakyat yang tidak digarap menjadi cereka popular. Ada diantaranya menarik dan mempunyai pelbagai pengajaran.
No comments:
Post a Comment