Monday, 9 February 2015

WORDPRESS MEMBANTU BLOGGER FULL TIME BUAT DUIT

WORDPRESS MEMBANTU BLOGGER FULL TIME BUAT DUIT - tahu apa wordpress? sebuah teknologi atau software atau sejenis template..atau gadget moden untuk membantu para blogger dalam menerajui perkembangan blog mereka. Wordpress sebuah template yang baik untuk menambahkan kemesraaan seo dan raking dalam mencapai bilangan view.

Wordpress dan blogspot. Adalah sama tetapi wordpress lebih baik bagi membantu penyimpanan artikel kita di dalam sebuah blog dan tidak dipadam pihak blog dengan sewenangnya kerana apabila memasang wordpress, itu secara 100% menjadi hak milik kita.

 

download (12) download


Itulah kelebihan wordpress ! Blogger yang menggunanya adalah katakcomel.my kakiberita.com dan eberita.my !
1) Wordpress mempunyai 'Tags' yang mana membantu Search Engine dengan mudah mencari website kita

2) Wordpress lebih mudah ranking di Google

3) Wordpress tidak bergantung dengan Google seperti blogspot. Blosgpot ni kira platform yang Google sediakan percuma buat blogger-blogger di luar sana.

4) Worpress lebih SEO Firendly

5) Wordpress mempunyai plugins yang banyak dan membantu SEO sesuatu blog

6) Hosting Wordpress digunakan sebanyak 1% oleh pengguna online di luar sana berbanding platform yang lain. Platform lain macam blogspot, Facebook , Twitter dan lain-lain





Manakala antara kelebihan blogspot pula;

1) Platform percuma untuk membuat blog sendiri.

2) Sangat sesuai buat blogger baru

3) Mungkin kerana ianya percuma, maka tutorial tentang blogspot memang banyak di dunia online




Kelemahan Wordpress;

1) Tidak sama langsung dengan Blogspot. So, siapa-siapa yang berhijrah ke Wordpress macam saya kena banyak belajar tentang Wordpress ( Saya ikut kelas Wordpress Essential anjuran denaihati.com untuk belajar pasal Wordpress ni :) )

2) Plugins memang banyak. Tapi plugins yang best-best, memang berbayar. So, memang tiada yang free macam blogspot :)




Kelemahan Blogspot

1) Tidak mudah untuk ranking di Google. Tapi kalau rajin, memang boleh ja

2) Kurang SEO FRIENDLY banding Wordpress

3) Sapa-sapa ada account blogspot ni dianggap menumpang 'rumah' Blogspot. So, kalau dorang tiba-tiba mahu kita keluar, suka-suka hati doranglah mau buat macamna

4) Tidak boleh pasang skrip affiliate dengan kata mudah, susah sikitlah mau beriklan banding Wordpress




Persoalan apakah itu wordpress bagi mereka yang ingin menceburi dunia blogging tidak asing lagi. Ramai yang mengatakan blogging dengan WordPress seronok, berbaloi, senang dan segala yang positif. Namun apakah kita tahu apa itu WordPress? Persoalan yang sama aku lalui ketika cuba nak blogging guna WordPress dan ringkasnya aku kongsikan disini.




Sebelum pergi lebih jauh tentang apa itu WordPress elok jika anda baca dulu entri Apakah Itu Domain & Hosting dan Komponen Asas Di Dalam Hosting. Sudah faham tentang hosting barulah kita cerita tentang WordPress. Nak bina satu blog memerlukan Content Management System ( CMS ) yang boleh diibaratkan sebagai Software untuk kita bangunkan blog atau website.


Software ini akan di-install ke dalam hosting yang diibaratkan sebagai hard disk. Analogi mudah ialah WordPress = Windows 7 dan Hosting = Hard Disk komputer. Joomla juga merupakan salah satu CMS yang popular dan boleh dibangunkan untuk membuat blog tetapi ia lebih tertumpu kepada pembangunan website manakala WordPress lebih mudah digunakan untuk membangunkan blog kerana sistem pengurusan yang mudah difahami.WordPress terbahagi dua.



WordPress.Com dan WordPress.Org. WordPress.Com ialah satu platform blog percuma seperti blogger.com. Fungsi di WordPress.Com sangat terhad dimana tidak boleh letak plugin atau widget, theme yang terhad dan hanya mempunyai fungsi asas untuk buat entri baru dan sebagainya. Jujurnya aku rasa Blogger.com lagi seronok berbanding WordPress.com.



WordPress.Org ialah direktori kita dapatkan software WordPress seperti yang dinyatakan tadi, tempat untuk muaturun theme blog,plugins dan forum untuk bincangkan masalah. Fail WordPress.Org mesti digunakan bersama-sama dengan domain dan hosting.

3 comments:

relevan said...

Sangat setuju bro.. wordpress memang terbaik..kalu gua tau dari dulu lagi gua guna wordpress ni :)

admin said...

Xpe bro..kan dah ada..so fokuskan.. :)

kakipromo said...

Wordpress memang lagi best dari blogspot (Y)