Tuesday, 3 February 2015

ISU ROTAN DARI SUDUT AGAMA MENJADI PERSOALAN

ISU ROTAN DARI SUDUT AGAMA MENJADI PERSOALAN - Selepas peristiwa yang melibatkan sebuah keluarga iaitu merupakan rakyat Malaysia yang telah dihukum akibat merotan anaknya kerana tidak solat.

Sejak bermula perkara itu, bermacam persoalan timbul.  Kenapa hanya ibu bapa yang menjadi kesalahan. Dan mengapa timbul dari sudut agama kita. Adakah sudah akhir zaman? Itu bukan kes dera tetapi mengajar. Bagaimana pula dengan sikap seorang guru yang memukul anak anak muridnya. Tetapi tiada persoalan. Semua itu timbul bila berada di rumah sahaja. Bagaimana dengan di luar. Adakah ibu bapa patut tidak dihukum. Sebaliknya orang luar yang tidak mempunyai hak untuk memukul. Berasaskan niat mungkin tidak mengapa.

Bagaimana jika melepaskan emosi. Dsepaknya anak murid.

  Pukul jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh  tahun.

 

Konsep balasan kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak. Sehubungan dengan itu, kita harus mendenda anak sekiranya mereka cuai atau melakukan kesalahan. Berdasarkan ini, Islam mengharuskan kita memukul atau merotan anak sekiranya mereka meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun. Pada usia ini ada antara anak kita yang telah mencapai umur baligh atau hampir baligh iaitu usia taklif. Akan tetapi apa yang diharuskan itu mestilah satu perkara yang munasabah.

 

Selain ibu bapa, para guru juga diharuskan mendenda atau merotan anak muridnya yang cuai atau melakukan kesalahan. Walau bagaimana pun janganlah terlalu mudah untuk mengenakan denda atau rotan tanpa cuba memperbaiki atau memperbetulkannya terlebih dahulu dengan pelbagai cara yang lain seperti nasihat. Perkara ini penting dilakukan bagi tujuan menanamkan perasaan pada anak bahawa denda atau rotan itu bertujuan untuk menghentikan mereka daripada melakukan kesalahan berulang-kali untuk kepentingan diri mereka sendiri. Lantaran, Islam lebih menggalakkan kita berlemah-lembut dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak agar matlamat mendidik anak-anak tersebut tercapai dan tidak menganggu perkembangan psikologi mereka

Adapun hadis tentang memukul anak, hendaklah dilihat dalam kerangka maksudnya yang betul. Di sana juga ada ayat al-Quran (Surah al-Nisa: 34) yang menyebut tentang memukul isteri, apakah selepas ini kita akan mempertahankan perangai sesetengah suami yang suka memukul isteri?! Ayat itu berkaitan isteri yang nusyuz (derhaka) setelah segala proses pendidikan yang baik gagal. Sementara suami pula seorang yang bertanggungjawab menunaikan segala kewajibannya di sudut nafkah zahir dan batin. Pukulan pula dengan cara yang tidak mencederakan dan meninggalkan kesan kesakitan yang serious tetapi sekadar memberikan amaran tentang kesungguhan maksud suami. Hanya dalam suasana sebegitu di samping suami dengan ciri yang begitu sahaja boleh memukul isteri dengan syarat yang disebutkan tadi.

Begitu juga kalau kita perhatikan Hadith Rasulullah SAW mengenai suruhan mengerjakan solat dari umur 7 tahun. Suruhan itu diulang-ulang selama 5 hari sehari selama 3 tahun (bermula umur 7 tahun sehingga 10) iaitu sebanyak 5475 kali sebelum ibubapa boleh menghukum anak sekiranya tidak solat.


pukul-anak-300x180


 

 

1. Pukulan tidak boleh lebih daripada 10 kali. Hal ini dilarang orang Nabi SAW. Sabda Nabi SAW,“Jangan kamu menyebat lebih daripada 10 kali sebatan kecuali ketika melaksanakan hudud Allah”. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

2. Jangan pukul di bahagian muka. Nabi SAW berpesan maksudnya, “Apabila kamu memukul seseorang, maka elakkan memukul mukanya dan jangan kamu berkata, Allah burukkan muka kamu!”. (Riwayat Ahmad)

3. Jangan pukul di tempat yang sensitif, yang menyakitkan atau yang boleh mendatangkan kecederaan seperti kemaluan, perut dan sebagainya.

No comments: