MENGAPA ANDA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN?- Tahukah anda sekiranya lemak terlalu banyak terutama pada pinggang, anda berisiko tinggi untuk menghadapi masalah-masalah seperti tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi dan kencing manis?
Nyata anda tidak berseorangan kerana statistik menyatakan lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% daripada jumlah itu berada dalam kategori obesiti. Statistik ini amat membimbangkan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor penyebab utama bagi penyakit jantung.
Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang bermanfaat kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda jelas berisiko bagi mendapat masalah kesihatan jantung.
Dengan itu, penurunan berat badan sangat penting untuk kesihatan anda. Cuba anda bayangkan anda sedang membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia tentulah membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, secara tidak langsung anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan lebih aktif, merendahkan tekanan darah, dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.
Jika anda terlebih berat badan atau obesiti, anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah sekalipun hanya menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram berat badan mampu memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.
Anda juga seharusnya mengetahui keperluan kalori anda dan jangan sesekali cuba mengabaikannya. Apabila anda merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk anda memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
Anda juga haruslah mengesan dan menjejak kalori anda. Walaupun jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Oleh itu, kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan seterusnya dapat belajar merancang dengan wajar untuknya.
1 comment:
Nak tambah berat badan, sebab ringan sangat ni
Post a Comment