Monday, 29 December 2014

SKMM AKAN SIASAT BLOG SEBAR BERITA PALSU

SKMM AKAN SIASAT BLOG SEBAR BERITA PALSU-Skmm atau dengan nama penuhnya suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia akan menyiasat mana-mana blog atau kes penyebaran maklumat dan berita palsu berkaitan dengan keadaan banjir terutamanya di pantai timur.

SKMM

Menurut kennyataan daripada pengerusi skmm,datuk mohamed sharil tarmizi,kes pertama atau penyebaran berita palsu menyatakan ramai mangsa banjir yang kononnya di sembunyikan oleh kerajaan.sehubungan dengan itu,pihal skmm sudah mengenal pasti individu yang boleh membantu siasatan nanti.

Datuk mohamed berkata lagi "Kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita,".

Dalam pada itu, empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu bahawa Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai runtuh kelmarin, hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan semalam.

Skmm kini sedang dalam proses mengemaskini segala maklumat palsu sebagai bukti untuk di bawa ke pihak mahkamah untuk tindakan lanjut.

Jadi kepada anda-anda semua tidak kira sama ada melalui blog/whatsapp mahupun laman sosial seperti facebook,sila lah bertangunggjawab sikit kerana jika anda didapati menyebarkan berita atau maklumat palsu admin yakin,anda akan mendapat habuannya!.. :)

1 comment:

KEDAI ONLINE MURAH said...

info bagus untuk blogger