
QZ8501 TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG TIMUR-MEDIA INDONESIA-Namun,media indonesia mendakwa pesawat airasia QZ8501 terhempas di peraian belitung timur tapi sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengsahihkan dakwaan itu jadi kepastian masih belum dapat disahkan sama ada pesawat QZ8501 betul-betul terhempas atau terlibat dalam tragedi tersebut.
Ada juga sumber yang tidak sahih melaporkan pesawat QZ8501 berkemungkinan besar telah mendarat di suatu destinasi yang tidak diketahui pihak berkuasa.
Sumber daripada detik.com mengatakan,kemampuan pesawat QZ8501 terbang selama 4 jam dimana ia boleh terbang dan menluncur lebih daripada lokasi di mana ianya di dakwa hilang.
“Pesawat tersebut sudah terbang tak sampai dua jam meskipun kemampuannnya itu membolehkan ianya terbang selama 4 jam. Oleh yang demikian, pesawat itu mampu terbang lagi lebih jauh dari lokasi kehilangannya dan mungkin saja ianya mendarat di suatu tempat,” katanya di Pejabat Bandara Wilayah II, Tangerang tengah hari tadi.
QZ8501 TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG TIMUR-MEDIA INDONESIA

Sehingga kini BASARNAS juga tidak dapat memastikan bahawa pesawat QZ8501 itu jatuh dan pencarian masih dilakukan di sekitar Pantai Tanjung Pandan dan Pontianak menggunakan tujuh buah kapal dan dua helikopter milik BASARNAS. Agensi itu juga turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kelautan dan Perikanan serta Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).
“Kita berharap agar semua pihak dapat memberikan informasi keberadaan pesawat itu. Mudah-mudahan pesawat ini dapat mendarat di suatu tempat yang belum diketahui,” kata Sutrisno.
1 comment:
dengan cuaca sekarang...pasti menyukarkan misi mencari dan menyelamat. Harap dapat ditemui secepat mungkin.
Post a Comment