Tuesday, 25 November 2014

SEDIH! BAYI MAUT DILANGGAR KERETA BAPA SENDIRI

SEDIH! BAYI MAUT DILANGGAR KERETA BAPA SENDIRI-Kes ini sememangnya menyedihkan bukan sahaja dari kelurga bayi itu malah kepada kita sekalian.dimana seorang bayi maut selepas dilanggar kereta ayah kandungnya sendiri.

bayi di langgar

Kejadian berlaku di jalan bahru balik pulau.mangsa bernama muhammad syamil ziqri yang masih bayi dikatakan merangkak keluar dari rumah mereka dan bermain di tepi kereta iswara bapanya berhampiran dengan dinding rumahnya.

Bapa kepada bayi itu tidak menyedari kehadiran bayi beliau itu berada di situ dan terus menghidupkan enjin keretanya.malang tidak berbau kerana kereta bapa bayi itu berada dalam gear dan bukan dalam keadaan nautral seterusnya melanggar bayi itu.

Bapa bayi itu tergamam seketika kerana seperti ada yang dilanggarnya sebelum menautralkan gear dan menarik hand break dan meluruh keluar untuk melihat apakah yang dilanggarnya itu.

Rupanya apa yang dilanggarnya adalah anaknya sendiri.menurut sumber,bapa bayi itu terus meluruh ke bayi itu dan mendapati bayi itu sudah tidak sedarkan diri.

Dan tanpa berlengah lagi,bapa bayi itu terus di hantarnya ke hospital pulau pinang namun bayi itu sudah meninggal semasa dalam perjalanan.

No comments: