Wednesday, 18 November 2015

CARA BETUL MEMICIT JERAWAT

CARA BETUL MEMICIT JERAWAT | Muka ditumbuhi jerawat..geramnya rasa. Jerawat yang muncul membuatkan kita berasa rimas dan menjadikan kita kurang berkeyakinan.

Adakala kita terpaksa memicit jerawat tersebut. Nah hasil perkongsikan Dr. Mehmet Oz bagaimana untuk memicit jerawat dengan betul.

Menurut Dr. Mehmet Oz, cara ini dapat mengurangkan terjadinya parut dan risiko jangkitan. Malah katanya cara ini tidak menyakitkan kulit kerana kulit yang berjerawat sudah mati.
1 - Ambil jarum yang sudah dicuci dengan spirit atau alkohol.

cara 1

2 - Cucuk jerawat itu pada bahagian yang putih sahaja (yang bernanah) supaya tidak terkena bahagian kulit yang masih sihat.

cara 2

3 - Tarik jarum itu keatas dan bawah supaya jerawat itu terkoyak.

c4

 

4 - Keluarkan nanah dari jerawat.

cara 3

5- Setelah selesai, tarik keluar jarum itu dan bersihkan nanah-nanah itu dengan dengan kapas serta jangan lupa bersihkan bekas jerawat itu dengan cecair anti-septik supaya bakteria tidak merebak.

cara 5

Sumber-era.fm

SIAPAKAH ITU HABAIB DAN KENAPA MEREKA DIBERIKAN GELARAN HABIB

SIAPAKAH ITU HABAIB DAN KENAPA MEREKA DIBERIKAN GELARAN HABIB-Para "Habaib" (seorang: Habib) atau "Sayyid" atau "Syed" merupakan gelaran yang dinisbahkan kepada keturunan Baginda SAW (Ahlul Bait). Mereka ini amat teliti dalam menjaga silsilah nasab keturunan. Ada yang menyimpan silsilah mereka masih dalam bentuk asal kulit-kulit unta dll. Guru kami YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (hafizahullah) menyimpan silsilah keturunan beliau hingga ke Junjungan Mulia SAW. Begitu juga dengan Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

SIAPAKAH ITU HABAIB DAN KENAPA MEREKA DIBERIKAN GELARAN HABIB


habib ali zainal

Kemuliaan Ahlul Bait tidak perlu diulas panjang memadai dinyatakan bahawa mendoakan kepada mereka (aali Muhammad) dimasukkan dalam bacaan Tahiyyat Akhir solat kita. Itulah kemuliaan mereka hingga hari kiamat. Mungkin ada segelintir di kalangan mereka yang tersasar menjadi Syiah dan sebagainya, namun itu bukanlah hujah untuk menuduh kononnya dengan memuliakan para Habaib "selangkah menjadi Syiah" kerana manhaj Ahlul Sunnah wal Jamaah turut memuliakan para Ahlul Bait, namun tidaklah sampai sepertimana kemuliaan melampau yang ditunjukkan oleh puak Syiah.

Bagi mereka yang mengkaji sejarah Nusantara Melayu ini pasti akan merasa terhutang budi kepada para Habaib kerana asbab merekalah risalah Islam tersebar hingga ke Nusantara ini. Nama-nama seperti Sheikh Abdullah Arif, Sheikh Burhanudin, keluarga Ahmad bin Isa al-Muhajir dll dari Hadramawt merupakan nama-nama yang banyak berjasa membawa Islam ke Alam Melayu ini. Bacalah monograf "Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago" atau "Historical Fact and Fiction" oleh YM Prof. Naquib al-Attas yang telah menekuni manuskrip-manuskrip awal kedatangan Islam ke Alam Melayu untuk memahami bagaimana proses Islamisasi di Nusantara Melayu ini bermula oleh para Habaib Hadhramawt.

SIAPAKAH ITU HABAIB DAN KENAPA MEREKA DIBERIKAN GELARAN HABIB


habib umar

Pada ketika para Habaib datang ke Nusantara Melayu ini seawal kurun ke 10Hijrah/16Masehi, penduduk di nusantara ini sebahagiannya beragama Hindu, ada juga Buddha dan Animisme. Bayangkan apa agama kita hari ini tanpa kehadiran mereka? Sungguh amat kita terhutang budi kepada mereka yang merantau jauh membawa Islam. Mereka bukan pedagang biasa sepertimana yang sebahagian kita sering disogokkan, tetapi Prof. Naquib mengatakan mereka adalah "para daie yang mempunyai misi" menyebarkan dakwah Islam ke seluruh alam. Dan itulah juga peranan Habaib hingga ke hari ini -- Dakwah!

Ribuan yang telah memeluk Islam di tangan Habib Umar bin Hafiz, Habib Ali al-Jifri dan para Habaib yang lain.

Habaib tidak maksum. Namun sungguh amat celupar dan biadap golongan yang mentohmah keturunan Habaib dengan pelbagai tohmahan hanya kerana ada segelintir daripada mereka yang menyeleweng atau mengikuti Syiah.

Moga-moga Allah SWT menempatkan kita bersama Baginda SAW dan para Ahlul Baitnya dalam Syurga Firdausnya. ((المرء مع من أحب))

Tuesday, 17 November 2015

KEPUTUSAN MALAYSIA VS UAE

Keputusan Malaysia vs UAE 17 November 2015. Seperti diramal pasukan UAE sekali lagi mengutip tiga mata penuh ketika menentang Malaysia dibawah kendalian Ong Kim Swee. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam dilangsungkan dengan stadium kosong tanpa penonton. Ini merupakan perlawanan ke 7 Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia kumpulan A.

[caption id="attachment_6735" align="aligncenter" width="300"]Malaysia vs UAE Malaysia vs UAE[/caption]

UAE terlebih dahulu dihadapan menerusi Omar Abdulrahman pada minit ke 22 sebelum hasil umpanannya membantu Ahmed Khalil untuk gol kedua UAE pada minit ke-52. Gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar minit 58 apabila beliau menyambut sepakan percuma Safiq Rahim.

Keputusan ini meletakkan Malaysia kekal ditangga kedua corot kumpulan A dan bakal berdepan dengan Arab Saudi pada perlawanan terakhir kumpulan Mac 2016.

LENOVO VIBE X3 KINI DILANCARKAN SECARA RASMI

LENOVO VIBE X3 KINI DILANCARKAN SECARA RASMI | Lenovo kini telah melancarkan sebuah lagi model baru iaitu  Lenovo Vibe X3. Didatangkan dengan 3 model yang berbeza dan setiap satunya mensasarkan golongan yang mementingkan kualiti audio pada peranti pintar.

Dua buah model ini  miliki skrin  5.5″ FHD dan  pemproses Snapdragon 808, RAM 3 Gigabyte  serta muatan dalaman 32/64 Gigabyte. Dari segi kamera pula, ia mempuyai 13 Megapixel kamera utama dan 8 Megapixel kamera hadapan. Mempunyai kemampuan mengambil video pada resolusi 4K.

Kedua model ini juga memiliki bateri yang berkapasiti 3600 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Ia juga mempunyai  cip audio khas yang menyokong sistem audio Dolby Atmos serta pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Terdapat sebuah pengimbas jari di panel belakang.

Bagi Model ketiga pula, ia mampu dimiliki kerana menggunakan  pemproses MediaTek, RAM 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte.  Mempunyai kamera utama 13 megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Baterinya pula berkapasiti 3400 mAh. Menyokong sistem audio Dolby Atmos dan mempunyai pegimbas cap jari.

Model baru ini akan mula dijual di China pada 24 November ini. Harga jualan adalah 2999 Yuan (~RM 2061) untuk model 64 Gigabyte, 2499 Yuan (~RM 1700) untuk model 32 Gigabyte dan 1899 Yuan (~RM 1300) untuk model yang menggunakan pemproses MediaTek.

Sumber-amanz.my

Lenovo-Vibe-X3-2-Mediatek