Thursday, 20 August 2015

RUMAHKU SEKOLAHKU

RUMAHKU SEKOLAHKU-Semua yang bergelar ibu dan bapa mahukan anak yang cerdas, bijak, sihat dan yang paling penting soleh serta solehah. Oleh kerana itu, ibu bapa telah menetapkan susur galur kehidupan anak-anak sejak dari mereka masih berada dalam alam rahim lagi. Semua kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai potensi yang akan berkembang jika diberi galakkan yang betul.

RUMAHKU SEKOLAHKU


anak komputer

Perkembangan otak misalnya, banyak bergantung kepada pengaruh persekitaran dalam perkembangan awal kanak-kanak. Sekiranya faktor-faktor tersebut tidak disediakan pada masa-masa tertentu maka perkembangan kanak-kanak mungkin tidak berlaku. Pendapatan dan status sosial kurang mempengaruhi prestasi pencapaian kanak-kanak dalam sekolah berbanding dengan tidakan keluarga kanak-kanak dari segi:

1. Mewujudkan suasana rumah yang kondusif bagi menggalakkan pembelajaran.
2. Menetapkan jangkaan yang tinggi tetapi realistik terhadap pencapaian dan masa depan anak.
3. Terlibat dalam pendidikan anak dalam sekolah dan juga masyarakat.

Matlamat Keibubapaan
Kajian menunjukkan terdapat beberapa kemahiran yang ibu bapa perlu miliki supaya mereka dapat membentuk tingkah-laku anak-anak dengan berkesan. Antara kemahirannya ialah:

1. Membentuk dan menjelaskan jangkaan.
2. Mengawal perasaan apabila anak menunjukkan tingkah-laku yang tidak diingini.
3. Melaksanakan sesuatu tindakan positif atau negatif.
4. Menjadi ‘role model’ yang positif kepada anak-anak.
5. Membentuk tingkahlaku.
6. Memotivasikan anak yang bertingkahlaku positif.
7. Keibubapaan ialah satu proses yang kompleks dan ibu bapa memerlukan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan sebaik mungkin dalam aspek-aspek berikut :

a) Perkembangan kanak-kanak.
Memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak serta keperluan-keperluan mereka pada setiap perkembangan dalam kehidupan.
b) Mengenali diri sendiri.
Memahami diri dari segi dorongan, nilai dan bagaimana cara mereka dapat menangani kenakalan anak, pertelingkahan dan sebagainya.
c) Kemahiran dan strategi keibubaaan.
Memahami kemahiran dan strategi keibubapaan spesifik utuk memenuhi keperluan anak-kanak dan menangani tingkahlaku anak-anak sepanjang proses keibubapaan.
d) Cara berkomunikasi yang berkesan.
Memahami cara berkomunikasi dengan anak, pasangan suami isteri dan guru secara berkesan.
e) Cara mengajar.
Mempelajari cara bagaimana mengajar sesuatu konsep dan kemahiran kepada kanak-kanak.
f) Mengurus keluarga.
Memahami cara menyara keluarga dan menguruskan seuah keluarga.
g) Mendapatkan bantuan.
Menyedari pentingnya mendapat bantuan daripada orang lain serta cara mendapatkan bantuan tersebut apabila memerlukanya.

RUMAHKU SEKOLAHKU


anak berenang

Kawalan Diri Ibu Dan Bapa

Kawalan diri merujuk kepada kemahiran seseorang untuk mengawal emosi dan tingkahlaku secara positif apabila berhadapan dengan sesuatu situasi dalam kehidupannya. Kemahiran mengawal diri berkait rapat dengan psikologi seseorang. Seseorang yang mempunyai kemahiran mengawal diri tinggi akan melihat dirinya sebagai mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran. Apabila persepsinya terhadap situasi adalah positif maka dia dapat bertindak dengan penuh keyakinan,tenang dan membuat keputusan dengan berkesan.
Dalam masyarakat yang begitu pesat membangun, ibu bapa tidak terlepas dari berhadapan dengan cabaran baru dan lebih kompleks. Ibu bapa perlu bertindak dengan yakin, tenang dan membuat keputusan yang wajar. Respon ibu bapa terhadap cabaran akan mempengaruhi kebahagiaan keluarganya. Masalah dalam kerja yang tidak terurus dengan baik mungkin akan dibawa ke dalam keluarga dan tanpa disedari dapat menjejaskan keharmonian dalam keluarga.
Kemahiran mengawal diri amat penting dipelajari oleh ibu bapa kerana ia dapat:

1. Membantu seseorang mengawal emosinya dan bertindak dengan penuh keyakinan
2. Membantu seseorang mengekalkan komunikasi secara positif dengan ahli-ahli keluarga lain
3. Membolehkan seseorang membuat keputusan yang berkesan
4. Mengelakkan seseorang darpada merasa tertekan.

Kemahiran mengawal diri boleh dpelajari dan dipertingkatkan melalui cara-cara berikut:

1. Memahami kelebihan dan kekurangan dalam diri seseorang
2. Membuat refleksi tentang pengalaman atau pembelajaran yang lepas. Amalan refleksi dapat membantu seseorang meneliti tindakan yang telah diambil dan kesannya.
3. Melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan dalam pelbagai situasi supaya seseorang mendapat pengalaman yang luas. Seseorang yang berpegalaman luas dan seringkali berjaya akan yakin dengan kebolehan diri dan mempunyai kawalan diri yang tinggi untuk mengekalkan kebahagiaan.

RUMAHKU SEKOLAHKU


anak-perjuangan

Semua ibu bapa mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menjadi ibu yang cemerlang tetapi pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa merasakan prestasi mereka sebagai ibu bapa tidaklah secemerlang yang diharapkan. Malah ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dan mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga. Semoga bermanfaat..

 

 

No comments: