
Migraine sememangnya menyakitkan pesakit yang mengalaminya. Antara tanda migraine adalah seperti yang berikut.
1. Rasa Kebas Satu Atau Kedua Belah Sisi Kepala
- Kebas ini menjadi kebiasaan kepada pesakit. Kadang kala terasa sehingga ke gigi.
Anda yang diserang migraine akan merasakan kesakitan seperti seribu denyutan terjadi pada masa yang sama. Perasaan ini mungkin bergerak dari satu sisi tubuh satu ke sisi lain dalam satu masa.
2. Kebisingan, Bau, Atau Cahaya Yang Boleh Mengundang Sakit Kepala Dan Membawa Kepada Migraine
-Bau kuta atau tengik , serta bau wangi yang sangat menusuk akan menyesakkan pernafasan pesakit untuk bernafas seperti biasa sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat menghidu dan alami migraine.
Biasanya kebisingan, bau, atau cahaya dengan kadar tertentu boleh menyebabkan timbulnya migraine. Contohnya, anda boleh diserang migraine ketika sedang berjalan melalui kedai minyak wangi atau dinding yang baru dicat.
3. Rasa Berdenyut-Denyut Pada Sebelah atau Kedua Belah Bahagian Sisi Kepala
- Rasa denyutan itu akan muncul di segenap dahi dan kepala.
Rasa berdenyut-denyut pada satu atau kedua belah sisi kepala adalah salah satu tanda klasik migraine. Rasa sakit juga boleh terasa amat mencengkam. Cara terbaik adalah memahami apa yang memudahkan anda ketika anda mengalami migraine, seperti dengan memerangi rasa sakit secara efektif.
4. Kurang Tidur
-Kurang tidur adalah punca pesakit alami stress dan migraine yang melampau.
Biasanya anda yang kerap menghidap migraine akan mengalmi gangguan tidur. Anda cenderung bangun dengan kepenatan dan lebih mudah terkena serangan migraine. Penghidap migraine juga dikatakan cenderung menderita insomnia.

5. Perubahan Emosi
-emosi juga adalah salah satu punca migraine.
Perubahan suasana hati yang extreme boleh menjadi salah satu petanda dari migraine. Anda mungkin akan berasa tertekan, cepat melenting, marah atau mudah tersinggung tanpa alasan
Migrain adalah disebabkan oleh pengecutan urat darah dalam otak yang mana ia boleh menyebabkan strok..bahaya kan migrain ni jika berlarutan.. Punca utama migrain masih tidak dapat dikenalpasti tetapi ada kemungkinan disebabkan baka keluarga. Sila buat pemeriksaan scan otak sekiranya Migrain anda berlarutan dan lambat sembuh..
Migraine dapat dirawat. Secara tradisional ataupun moden. Semoga berjaya.
CARA ELAK TERKENA MIGRAIN/SAKIT KEPALA
*sekadar usaha*
- elak minum minuman berkafein dan makanan yg tinggi bahan pengawet seperti yg mengandungi MSG
- elakkan makan makanan yg mengandungi thyamine sperti keju dan minuman keras
- elak stress dan tekanan
- tidur secukupnya
- makan ikut waktu
- elakkan dari pancaran terik sinar matahari
RAWATAN MIGRAIN
- Mengikut sunnah , ikat kepala dengan kain / serban, berbekam atau berinai di kepala
- Makan ubat, paracetemol atau pain killer
- berehat didalam bilik gelap dan sunyi tanpa gangguan
- ambil supplemen bagi yang tak suka makan ubat. Makan ubat kerap sangat pun tak baik untuk kesihatan kita kan. :)
Jagalah kesihatan anada. Cara tradisional lebih baik untuk diamalkan. Rawatan tradisional.
-NS- WALLAHUALAM
1 comment:
Kebas mungkin disebabkan kekurangan kalsium dan mineral lain yang penting. Sistem saraf jadi kurang efektif. Siapa yang selalu rasa kebas dan kejang kaki dan tangan, perlu ambil tindakan awal.. Jom sihat,..
Post a Comment